Aktiviti Waktu Coronavirus: Cipta Sudut Baru Dalam Kediaman

Aktiviti waktu coronavirus yang boleh kamu lakukan ada banyak sebenarnya. Jangan ingat duduk di rumah #dudukrumah bermakna tiada apa yang boleh dikerjakan. Arwah mama saya selalu pesan, “Janganlah duduk saja di rumah. Ada banyak benda yang boleh buat ni. Tolonglah bersihkan dapur ke. Vakum ruang tamu ke. Siram pokok bunga tu.” Jadi saya membesar dengan pesanan ini dalam kepala. Kerana itu pabila perintah kawalan pergerakan (RMO) dikeluarkan, saya tak risau langsung. sebab walau duduk di rumah sahaja saya tahu banyak benda yang saya boleh kerjakan.

Kalau mengemas pun sudah, mengemop pun sudah. Pakaian pun sudah dilipat, digosok dan digantung semua, saya cadangkan kamu cipta sudut baru di rumah. Ahhh tak payah pun keluar membeli barang deko baru. Gunakan sahaja barangan deko yang sudah ada. Mencipta sudut baru bukan bermakna barangannya pun perlu baru. Penampilan baru juga boleh dianggap sebagai sudut baru. Penciptaan sudut baru akan memberi perasaan positif dan puas kepada kita. Ia juga boleh dijadikan aktiviti bersama dengan isteri dan anak-anak.

Kami senaraikan 5 Idea Cipta Sudut Baru di Kediaman sebagai aktiviti waktu coronavirus yang boleh kamu lakukan sekeluarga. Gambar semua adalah daripada ferrer.co.

Aktiviti Waktu Coronavirus

1. Sudut Membaca di Ruang Tamu

Tak susah pun mencipta sudut membaca sebegini. Gunakan sahaja buku-buku yang kamu ada di rumah. Saya pasti setiap kediaman ada buku-buku bacaan yang disimpan di atas rak di mana-mana. Rahsianya di sini ialah tak kisahlah kalau buku-buku kamu itu berlainan saiz dan warna kerana itu yang akan mencipta kontradiksi menarik di sudut ini. Titik tumpunya ialah almari besar di tengah-tengah. Kemudian ambil sahaja mana-mana armchair atau kerusi dalam rumah kamu dan letakkan di sudut sama.

Aktiviti Waktu Coronavirus

2. Sudut Bercanda di Ruang Porch

Kalau kamu perasan. sudut contoh ini menggunakan ton warna sekata untuk semua ruang. Warna tanah dan batu semulajadi sahaja. Ini yang menjadikan sudut ini menarik. Warna senada dipecahkan dengan tumbuhan hidup di sudut sahaja. Andai kata kamu sudah ada sofa-sofa malas seperti ini, apa kata kamu tukar sahaja sarungnya. Atau cat bahagian dinding di belakangnya untuk menjadikan seluruh ruang senada.

Aktiviti Waktu Coronavirus

3. Sudut Makan Yang Majestik

Tip paling penting di sini ialah untuk mencipta perasaan majestik itu memerlukan ruang yang luas dan bonus kalau siling rumah kamu tinggi. Tetapi kalau pun tidak tinggi tak mengapa. Rahsianya sama sahaja dengan berpakaian. Cipta siluet yang memberi ilusi tinggi kepada ruang kamu. Seperti dalam sudut contoh ini, penggunaan kerusi makan berkaki kurus mencipta ilusi ruang yang tinggi. Langsir kamu juga boleh sengaja dipasang tinggi dari siling biar pun tingkap kamu tak sampai ke siling. Cermin yang digunakan juga berbentuk segiempat sama dan tempat meletak pasu di tengah tingkap itu juga memanjang membuatkan seluruh sudut nampak tinggi. Pastikan juga semuanya barangan yang dipilih adalah minimalis.

4. Sudut Melepak di Ruang Tamu

Jangan gunakan banyak warna dalam mencipta sudut ini. Kekalkan dalam tiga warna sahaja seperti gambar contoh ini menggunakan kelabu, biru dan putih. Lebih senang kamu memilih perabot atau deko sekiranya kamu memiliki tema atau konsep sebegini. Gunakan juga pemanis sudut seperti throw yang dicampakkan di atas sofa dan bunga kedua-duanya daripada rona sama. Penggunaan hiasan pemanis seperti ini akan melembutkan seluruh sudut apalagi kalau sofa dan armchair yang dipilih sedikit keras.

Aktiviti Waktu Coronavirus

5. Sudut Minum Teh Petang Yang Sempurna

Bayangkan kalau kamu mahu berdua-duaan sahaja bersama pasangan tanpa anak-anak. Atau fikir sahaja sudut ini sebagai sudut kamu mahu bermanja-manja berdua dan berbicara soal dunia. Pertama ia perlu selesa. Maka pilihlah sofa yang selesa untuk diletakkan di sini. Empuk dan tak betah berlama-lama menghabiskan masa di sini. Main feature ialah lukisan, nukilan seni atau foto besar di dinding di belakang. Letakkan lampu lantai di tengah-tengah dan meja kopi juga penting untuk kamu letakkan teh petang atau koktel kegemaran kamu bersama pasangan.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
WFH Fashion : Jadi Ikutan Sepanjang Minggu Pengasingan Diri!
Aktiviti Waktu Coronavirus: Cipta Sudut Baru Dalam Kediaman