11 Item Wajib Ada Dalam Beg Gim Kamu

Terlihat orang yang membawa beg gim mencetuskan idea saya untuk mengutarakan isu ini. Apakah yang dibawa oleh individu-individu ini? Yalah masakan kita tak terrtanya-tanya jika beg yang dibawa mereka seperti mahu lari rumah seminggu. Adakah item-item yang dibawa mereka lengkap? Tanpa perlu meminjam orang lain?

Di sini saya senaraikan 8 item wajib ada dalam beg gim kamu;

Beg Gim

1. Beg Gim
Mempunyai tote beg yang sesuai sudah memadai. Tak perlu beg seperti berpergian, cukup muat-muat loker sudah memadai. Paling penting ia memuatkan barang-barang yang perlu kamu bawa semasa latihan. Jika beg itu banyak kocek juga bagus.

Beg Gim

2. Penggelek Latihan
‘Gajet’ gim kecil ini mudah dibawa ke mana saja. Ia membantu kamu melawan kesakitan otot belakang dan bahagian-bahagian tertentu berdasarkan rutin yang betul. Jadi kamu tak perlu menahan sakit sehingga pulang ke rumah.

3. Beg Pakaian
Jika kamu seorang yang detail, tentu kamu juga mengkhusus terhadap sesuatu seperti kebersihan. Sebab itu jika beg kamu mempunyai banyak kocek ia mudah untuk mengasingkan barang-barang. Jika tidak kamu harus membawa beg pakaian (laundry bag) untuk mengasingkan pakaian kotor yang penuh peluh selepas bersenam dengan pakaian bersih di dalam beg kamu.

Beg Gim

4. Kasut Sukan
Kadang-kala kita terlupa membawa kasut gim, untuk mengelakkan hal itu berlaku, siap sediakan sepasang kasut sukan atau sneakers di dalam beg gim kamu. Kalau takut beg kamu busuk, letakkan uncang teh di dalam kasut.

Beg Gim

5. Tuala Wanita
Walaupun ada kebanyakan pusat gim sudah menyediakan tuala wanita atau pad. Item ini sangat penting untuk kamu bawa sendiri.

Beg Gim

6. Botol Air
Aturan utama senaman dan merasakan yang terbaik ialah hidrasi. Sediakan botol air dan jangan bazirkan penggunaan plastik.

7. Fon Telinga
Senaman sambil mendengar lagu kegemaran kita tentunya membakar semangat untuk bergerak. Kunci untuk senaman lebih baik dan tidak kesunyian adalah fon telinga.

8. Seluar Dalam
Letak seluar dalam sampingan kamu ke dalam beg. Memakai seluar dalam yang berpeluh tidak hanya menjijikkan malah ia boleh menyebabkan jangkitan yis.

Beg Gim

9. Tisu Basah
Tisu harus ada di mana-mana kamu berada. Bukan saja untuk penggunaan di tandas, malah untuk mengelap solekan kamu sebelum memulakan latihan. Lap supaya maskara kamu tidak mencair ke pipi saat beria bersenam.

Beg Gim

10. Stoking
Sama seperti kasut, stoking nampak remeh namun ia sangat penting untuk dipakai agar kaki kamu tidak melecet dan menyebabkan jangkitan kuman.

11. Deodoran
Ya kebanyakan gim terdapat tempat mandi dan segala kelengkapan lain termasuk syampu dan sabun. Tetapi tidak deodoran. Kamu wajib membawa deodoran ke gim dan berasa selesa selepas mandi dan pulang ke rumah dengan waruman wangi.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kebas Suami Orang, Indahnya Bercinta Sampai Tergamak
11 Item Wajib Ada Dalam Beg Gim Kamu