Ben’s Cooking School Menggunakan Alatan Dapur Daripada Bosch

Ben's Cooking School
Cef Mimi dan Cef Sabri membuat demonstrasi memasak di Ben’s Cooking School

Ben’s Cooking School di The Gardens Mall, projek terbaru The Big Group untuk memberi peluang kepada masyarakat belajar memasak menu-menu restoran di bawah kumpulan syarikat ini. The Big Group bekerjasama dengan Bosch dalam menyediakan alatan-alatan dapur yang digunakan di sekolah memasak ini. Ben’s Cooking School by Bosch ini dikatakan akan menjadi hab kepada pencinta-pencinta makanan yang ingin belajar mengenai dunia masakan.

Jadi bagi sesiapa yang ingin menguasai kemahiran memasak masakan Barat atau tempatan, ini adalah destinasi terbaru yang boleh kamu kunjungi waima ia adalah pengalaman pertama atau pun memasak sememangnya menjadi norma dalam kehidupan. Yuran yang dikenakan akan termasuk bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan diakhiri dengan menikmati masakan yang disediakan.

Selain daripada memasak, sekolah memasak ini juga menjadi lapangan yang bagus untuk belajar tentang aspek-aspek lain dalam menghos majlis dan seni merai. Cef-cef yang mengajar akan dapat memberi tip-tip serta trik untuk menjadi hos yang sempurna. Lokasi ini juga amat sesuai dijadikan tempat untuk majlis berkenaan dengan dunia kulinari seperti meet and greet bersama penulis buku masakan umpamanya.

Ben's Cooking School

Mengapa Bosch menjadi pilihan?

Kerjasama bersama antara The Big Group dan Bosch ini dirasakan paling tepat dalam memberi pengalaman terbaik di sekolah memasak ini. The Big Group memiliki pengalaman lama dalam dunia makanan tempatan, Bosch pula membekalkan alatan dapur state-of-the-art. “Saya teruja mempersembahkan sekolah memasak ini sebagai tambahan kepada falsafah syarikat kami dalam mencipta persahabatan dan perhubungan melalui makanan. Kami juga tidak mahu menyekat pengalaman ini setakat pengalaman dalam restoran tetapi mahu semua menyertai sekolah memasak ini,” kata Benjamin Yong. Ketua Pegawai Eksekutif The Big Group.

Kami juga teruja kerana Bosch menjadi sebahagian daripada projek ini dengan melengkapkan sekolah memasak ini bersama alatan inovatif mereka. Bekerjasama dengan ketua dalam industri, kami yakin dapat memberi suasana terbaik yang dapat memberi inspirasi serta keterujaan kepada peserta. BEN YONG

Ben's Cooking School
Antara makanan yang dijadikan demonstrasi, Soft Shell Crab Pasta

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Hael Husaini & Cakra Khan ‘Terlanjur Cinta’?
Ben’s Cooking School Menggunakan Alatan Dapur Daripada Bosch