Adakah Topeng Muka Boleh Hindari Daripada Berjangkit Coronavirus?

Wabak Coronavirus yang bertebaran bermula di China baru-baru ini menyebabkan paranoia meluas kerana kes-kes baru muncul di seluruh dunia setiap hari. Kini, 7,000 orang disahkan menghidap virus itu, dan kapal pelayaran di Itali juga “terkunci” kerana takut penumpang mungkin terkena virus itu. Hasil daripada semua kekacauan ini, masyarakat menjadi panik dan lebih ramai orang mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan harapan untuk mencegah virus ini. Selain Coronavirus, musim “super flu” di Kanada, memperlihatkan peningkatan orang memakai topeng muka. Yang menimbulkan persoalan: adakah topeng muka boleh hindari daripada berjangkit coronavirus?

Berjangkit Coronavirus

Masih belum ada maklumat yang boleh dipercayai atau disahkan mengenai bagaimana virus itu menular. Sama ada tersebar dari orang kepada orang sebelum gejala mulai tersebar, itulah sebabnya ramai orang telah mula memakai topeng. Laporan baru menunjukkan bahawa topeng terjual habis di banyak kedai dan farmasi, bahkan ada juga pereka fesyen menunjukkan minat dalam mereka topeng respirator daripada Vogmask. Tetapi, topeng ini tidak semestinya menghalang penguncupan virus!

Kebanyakan topeng berasaskan kertas, seperti topeng pembedahan yang direka untuk mencegah semburan atau percikan cecair. Ia tidak termasuk alat pernafasan yang benar-benar menyaring zarah udara berjangkit. Sebaliknya, topeng N95 (pernafasan yang paling biasa dan tersedia untuk orang awam di farmasi) boleh menapis sekurang-kurangnya 95% zarah udara – tetapi bolehkah ia menghentikan penyebaran Coronavirus?

Kajian tahun 2014 yang dijalankan selepas wabak SARS menunjukkan keputusan yang tidak meyakinkan mengenai keberkesanan memakai topeng atau pelindung alat pernafasan untuk tugas berat. Hasil yang tidak konsisten didapati dalam kajian yang menilai mengenai perlindungan pernafasan.

Kelemahan yang lain adalah topeng N95 harus dipakai erat di hidung dan mulut untuk mengelak muka supaya udara tidak boleh masuk tetapi ia boleh menjadi tidak selesa bagi si pemakai.

Memakai topeng di luar rumah tidak perlu jika kamu berada di mana-mana negara dengan risiko yang rendah terhadap Coronavirus. Tetapi memakai topeng pembedahan adalah idea yang baik jika kamu mempunyai penyakit pernafasan, supaya tidak menjangkiti orang lain. Memakai topeng di khalayak ramai juga akan seperti tanda amaran kepada masyarakat. Ia boleh mengeluarkan rasa panik orang awam, yang kemudiannya boleh menyebabkan kekurangan topeng bagi mereka yang benar-benar memerlukannya (misalnya profesional penjagaan kesihatan). Hal ini terjadi pada saya ketika menggunjungi pusat membeli-belah di Johor baru-baru ini. Bayangkan hampir kesemua peniaga memakai topeng muka, mana tidak panik dibuatnya kita seorang diri bagaikan ‘merelakan’ diri bernafas dalam udara yang mungkin bervirus?

Walaupun tidak jelas sama ada topeng sebenarnya berfungsi menyahkan Coronavirus, ada sebab mengapa ia digunakan di hospital. Sekurang-kurangnya, topeng membantu mengurangkan jumlah kamu menyentuh wajah dan hal itu sendiri mungkin berpotensi menyebabkan penyakit daripada tangan yang kotor.  Kita tunggu apa kata pakar untuk mengatasi gejala ini. Tetapi pada masa ini, sama penting untuk kita mengamalkan kebersihan yang baik, mencuci tangan dengan betul dan kerap, sambil menghadkan tangan menyentuh wajah, hidung, dan mata.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kemeja T Coach X Richard Bernstein Is The New Vintage Tee
Adakah Topeng Muka Boleh Hindari Daripada Berjangkit Coronavirus?