Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini

Dubai terus menonjol sebagai salah satu destinasi popular pada musim cuti sekolah dan sejuk saban tahun. Pusat membeli-belah mewah dan tarikan-tarikan utamanya dari Atlantis yang terkenal ke daerah seni dan budaya kontemporari yang baru. Berikut adalah panduan STAIL yang mesti dimasukkan dalam senarai tempat percutian menarik serba mewah di Dubai musim cuti ini.

Atlantis, The Palm

Dikelilingi oleh pantai persendirian dan pemandangan Pulau Palm di Dubai dan Teluk Arab, jelas menyatakan mengapa Atlantis masih menjadi lokasi terpopular di Dubai. Resort hebat mempunyai semua dalam satu untuk semua pelancong. Bagi pencinta sukan air, Blue Coast Dive Centre dan Lost Chambers Aquarium (salah satu yang terbesar di dunia) dan taman air Aquaventure aktiviti yang wajib kamu lakukan. Apatah lagi melihat ikan jerung berenang di sebalik tingkap sepanjang kamu berjalan ke restoran-restoran seperti Nobu, Hakkasan, dan Ossiano. Selain itu, bersantai di spa ShuiQi atau ke salah satu bar yang tenang di sepanjang persisiran.

Ewaan

Rasai hidangan makanan tempatan dan antarabangsa di Ewaan, restoran flamboyant yang terletak di Palace Downtown. Hidangan disajikan segar dan panas dari stesen-stesen memasak dan bufet. Tip petua, rancang lawatan kamu semasa pertunjukan air pancut di Dubai Fountain kerana ruang mezzanine restoran ini sangat sempurna untuk makan malam sambil menyaksikan pertunjukan air yang menakjubkan ini.

Platinum Heritage Desert Safari

Satu-satunya syarikat ekopelancongan di Dubai, Platinum Desert Safari berkomitmen untuk mengayakan pengalaman yang unik buat pengunjung sambil memelihara alam sekitar dan penduduknya. Dianggap sebagai salah satu pengalaman safari padang pasir terbaik di Dubai, sepasukan pemandu pelancong ini memandu setiap kumpulan melalui padang pasir dengan menaiki Land Rovers vintaj 1950-an. Pengunjung dihidangkan dengan buah-buahan segar dan canapés selepas melawat ke kabana. Kosongkan perut kamu untuk enam hidangan dan selepas itu berehat dan dilayan bak puteri dengan lukisan henna dan shisha sambil menonton pertunjukan api Flaming Sands of Arabia.

One &Only Royal Mirage

Kemewahan tidak mempunyai had di Dubai. Resort butik The One & Only Royal Mirage terletak di hujung paling jauh dari bulan sabit barat Palm Island di Dubai. Mempunyai pelbagai bilik dan suite yang besar dan pengalaman bersantap terbaik. Cef Mauro Colagreco (mempunyai bintang Micheline dari tiga restoran Mirazur) berada di puncak restoran popular di resort itu. Pastikan untuk menempah rawatan di Guerlain Spa, di mana ritual Arab dan Perancis bertemu dan terus berehat di marina peribadi resort di pantai pasir putih Jumeirah.

Burj Khalifa

Langkau ke puncak struktur tertinggi di dunia Burj Khalifa dengan Top Sky Experience. Ia membolehkan pengunjung melewati dek pemerhatian lantai ke-124 (standard) ke dek premium di tingkat ke-148. Di sana, sekumpulan kecil pengunjung dibawa ke dek pemerhatian peribadi yang kurang padat. Ia memberi pengalaman yang tenang di bawah awan.

 

Alserkal Avenue

Wisma seni perindustrian yang menarik ini adalah rumah kepada pelbagai galeri seni kontemporari, bilik pameran, organisasi bukan bermotifkan keuntungan, kafe bebas dan perniagaan tempatan. Luangkan masa untuk meneroka banyak seni pop-up, pameran dan pertunjukan yang unik.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Billie Eilish Vs Lizzo! Senarai Pencalonan Grammys 2020!
Lawat 6 Tempat Menarik Serba Mewah Di Dubai Musim Cuti Ini