Elak Coronavirus: Ingat 5 Langkah Ini

Elak Coronavirus

Elak coronavirus atau COVID-19. Bagaimanakah cara untuk kamu tidak mendapat virus ini apalagi dalam keadaan wabak penyakit ini semakin merebak? Nak menunggu vaksinnya siap mungkin mengambil masa sehingga 18 bulan. Maka memang satu-satunya cara terbaik buat masa ini ialah untuk mencegah daripada dijangkiti. Kita semua secara individu boleh melakukannya.

Dua pakar kesihatan memberitahu langkah-langkah penting untuk elak coronavirus. Beth Virnig, PhD, MPH, profesor kesihatan umum yang mengajar epidemologi di Universiti Minnesota dan Steven Goodman, MD, MHS, PhD, profesor epidemologi dan kesihatan populasi di Universiti Stanford. Mereka mencadangkan lima langkah utama ini:

Basuh tangan

Pakar bersetuju bahawa membasuh tangan kamu sekerap mungkin sebagai salah satu langkah penting untuk mengelak virus ini merebak. Secara spesifik “selalu basuh tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat,” terang Virnig. Goodman pula menyarankan  untuk menggunakan sabun anti-bakteria dan “tumpukan perhatian kepada kuku, hujung jari dan antara jari” semasa membasuh tangan.

Kuarantin diri kalau merasa sakit

“Duduk di rumah kalau merasa kurang sihat dan nasihatkan teman sekerja atau kawab-kawan untuk berbuat yang sama,” saran Virnig. Katanya kita perlu jauhkan jarak sesama individu. Seperti yang ditulis World Health Organization (WHO), sekurang-kurang perlu jarak “tiga kaki daripada orang yang batuk atau bersin.”

Kalau kamu mula merasa tak sihat, elakkan berada di khalayak untuk tidak menyebarkan virus. “Kalau kamu ada selsema atau batuk, tak perlu terus-terus berjumpa doktor. Mereka pun tak boleh buat lebih daripada yang kamu tahu. Ini juga akan menyebarkan penyakit di klinik atau hospital,” kata Goodman. “Jika perlu sangat keluar, jarakkan diri kamu dengan orang sekeliling atau pakai topeng muka dan sarung tangan. Tapi kalau kamu merasa sukar bernafas, barulah berlari ke hospital.”

Cuba jangan sentuh wajah

Goodman menasihatkan untuk tidak sentuh waja, mata, hidung dan mulut kerana virus ini boleh tersebar melalui sentuhan. Walaupun menyentuh kawasan yang dijangkiti tidak semestinya akan terus merebakkan virus tetapi ia boleh terjadi sebaik kamu menyentuh mata, mulut atau bahagian dalam hidung. “Kamu juga akan berjangkit sekirannya kamu bernafas dalam udara yang sama dengan orang yang batuk atau bersin,” katanya, “tapi virus itu takkan bertahan lama di udara seperti di atas permukaan.” Cara lain ialah mengelap semua permukaan di sekeliling kamu dengan disintectant wipes sebelum menyentuhnya.

Bawa hand sanitizer

Walaupun membasuh tangan ialah langkah utama, tetapi menyapu tangan dengan hand sanitizer juga adalah langkah terbaik on-the-go. “Saya hanya menggunakan sanitizer pabila tak ada akses terhadap air dan sabun,” kata Virnig. Sebaik-baiknya gunakan yang mengandungi 60% alkohol ke atas. Goodman pula memberitahu tip berguna untuk menggunakan sanitizer.

“Virus ini tidak akan mati terus pabila tersentuh dengan sanitizer. Kamu perlu menggosokkan sanitizer di seluruh tangan kamu terutamanya di hujung jari, kuku dan antara jari selama 10-15 saat. Tangan kamu seharusnya masih basah selepas 15 saat. Wipe alkohol yang akan terus kering sebaik disapu tidak mencukupi sebenarnya.” Harus ingat, 99% + alkohol tidak berfungsi sangat sebenarnya, sebaliknya 20-40% air yang terkandung dalam sanitizer yang akan membunuh virus.

Simpan barang keperluan rumah

Selain sabun tangan, Virnig juga menyarankan menyimpan barang keperluan rumah. “Pastikan ada makanan di rumah sekiranya kamu memutuskan untuk tidak keluar rumah langsung beberapa hari,” katanya. Pabila membeli tak perlulah meletakkan topeng muka di senarai teratas. Kata Goodman, “Sekiranya kami sihat, topeng ini tidak berguna.” Tetapi “untuk orang ada batuk dan bersin tanpa tahu punca, mereka boleh elak daripada batuk dan bersin di tempat umum.” Kalau tak, topeng muka lebih penting buat pekerja yang merawat pesakit di hospital.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Takut Coronavirus: Wajarkah Tindakan Naomi Campbell?
Elak Coronavirus: Ingat 5 Langkah Ini