Home Workout Live: Jadi Popular Masa Ini Kesan Coronavirus

Home workout live
Marc Lee (@the.marc.le) antara instructor yang aktif membuat IG live home workout melalui beberapa akaun pusat workout sekitar kota

Kesan coronavirus bukan sahaja terjadi pada kesihatan masyarakat. Sama seperti apa pun yang berlaku di dunia ini, ia turut memberi kesan kepada pelbagai aspek lain dalam kehidupan dan gaya hidup. Saya perasan dengan kebangkitan home workout live yang sama naik menular dengan coronavirus. Ini mungkin kerana meningkatnya kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di kalangan kita. Banyak juga antara kita yang sudah terbiasa dengan gaya hidup workout sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (RMO), maka pabila tidak boleh keluar rumah ini, badan kita membutuhkan workout yang sudah sebati dalam diri.

Influencers serta pusat-pusat workout sekitar Kuala Lumpur sejak minggu lalu saya lihat amat aktif menganjurkan sesi home workout live daripada akaun Instagram masing-masing. Ada antaranya yang benar-benar mahu menawarkan perkhidmatan ini kerana kesedaran sivil tentang posisi mereka sebagai instructor workout dan pusat workout bertauliah. Mereka juga seperti mahu menggantikan sesi workout yang sepatutnya berlangsung di pusat workout masing-masing tetapi pelanggan mereka boleh lakukan di rumah. 

Baguslah kalau mereka melakukannya kerana kesedaran sebegini. Tambahan lagi jika banyak antara pelanggan mereka adalah pelanggan setia. Ini boleh dianggap sebagai giveback kepada pelanggan setia mereka ini di atas sokongan mereka selama ini membiayai pusat workout mereka. Ada pula yang melakukannya kerana alang-alang mereka pun perlu workout setiap hari, apa salahnya mereka buat live di IG sementelah ia akan turut membantu followers mereka. Bukan perlu bayar pun, perkhidmatan IG live kan percuma?

Yang saya tak tahan…

…ialah pabila ada sesetengah yang melakukannya demi untuk memastikan kandungan dalam IG mereka tak putus sewaktu tempoh RMO ini. Ya lah kehidupan hanya di rumah sahaja kan? Apa lagi yang boleh ditunjukkan kepada followers? Buat home workout lah. Nah yang ini yang saya tak tahan. Kerana akan ternampaklah ketidak ikhlasan pada perbuatan mereka itu. Ada pula yang bukan bagus pun dalam cara pengajaran mereka. Maka akan terlihatlah semua kekurangan ini dalam sesi IG live home workout mereka itu. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menunjuk-nunjuk tubuh sendiri dan tubuh pasangan (selalunya yang girlfriend akan menayang tubuh boyfriend). 

Inilah perbuatan-perbuatan yang akan mendatangkan meluat kepada sesetengah daripada kita yang benar-benar membutuhkan sesi home workout dalam tempoh RMO ini. Konteks sebenar home workout live itu pun nak disalah tafsirkan sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada situasi RMO sekarang ini. Tengoklah perangai manusia ini. Benarlah home workout jadi popular kesan coronavirus, tetapi tidak perlulah memberi konteks yang salah kepada kesan coronavirus ini. 

Antara akaun home workout live yang boleh kamu follow…

Kalau boleh follow akaun-akaun influencer yang bertauliah dan memberi tip-tip home workout berguna. Matlamat dalam membuat home workout ini ialah agar kita dapat workout yang berkesan dalam tempoh dan ruang terhad di rumah. Tak perlulah disertai hanky panky dan content yang tak perlu. Home workout juga tak perlu meleret-leret. Setengah jam atau 45 minit paling lama, sudah memadai (kalau benar-benar bagus) untuk kita berpeluh dan mengekalkan keseimbangan kitaran dalam tubuh badan. 

Akin Akman untuk sesi indoor spinning dan HIIT training penuh semangat

View this post on Instagram

Ready for @aarmy gains! 👊🏻

A post shared by AKIN AKMAN (@akiniko) on

Aloha Cycle Club untuk HIIT training setiap hari

Damon Bell, personal instructor kepada Antoni Porowski (Queer Eye)

Atau boleh sahaja download aplikasi paling popular masa ini, Nike Training Club yang menyediakan pelbagai bentuk workout mengikut citarasa kamu!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Bomba – Lihat Rutin Harian #LockDown SonaOne Yang Lit & Dope!
Home Workout Live: Jadi Popular Masa Ini Kesan Coronavirus