Hublot Yohji Yamamoto: Hitam & Elegan Sebagai DNA

Hublot Yohji Yamamoto hadir sebagai pemuas kepada pemuja pereka fesyen asal Jepun berpengkalan di Paris ini. Seperti biasa, rekaan sleek dan hitam menjadi tema kepada rekaan jam tangan edisi khas ini. Mei ini, Hublot akan membuka butik flagship di Chuo-Dori, Ginza Tokyo. Bagi meraikan pembukaan butik inilah, jenama ini bekerjasama dengan pereka Yohji Yamamoto untuk edisi khas Big Bang GMT All Black Yohji Yamamoto.

“Kami bangga meraikan pembukaan butik flagship di Tokyo bersama pereka fesyen ternama asal Tokyo ini. All Black edisi terhad ini dicipta melambangkan keindahan ringkas melalui persandingan antara signature hitam rekaan Yohji Yamamoto dan movement complicated GMT.” Ricardo Guadalupe, CEO Hublot

Lahir daripada duality. jam tangan ini memaparkan dua zon masa berbeza menerusi ciri GMT nya. Pada jantungnya ada movement HUB1251 lengkap modul yang membenarkan zon masa kedua dikemas kini melalui satu butang tekan, jadi lebih mudah membaca masa kedua ini melalui jarum masa utama jam tangan ini. Masa utama pula ditunjukkan melalui jarum berbentuk panah juga penunjuk siang/malam boleh diset menggunakan pemutar. Tanda tangan Yohji Yamamoto pula boleh dilihat pada jam enam.

Jam tangan ini menunjukkan dua zon masa di mana saya berpangkalan – Tokyo dan Paris. Penunjuk jamnya juga senang dilihat. Sebagai seorang yang selalu bersedia, ciri ini sangat bagus. Saya gembira dapat bersama mereka model ini dan meraikan pembukaan butik Hublot di Ginza, kejiranan ikonik dan terkenal di Jepun.” Yohji Yamamoto, Pereka Fesyen

Pada 2006, melalui koleksi All Black, Hublot memperkenalkan konsep baru: “Invisible visibility”. Rekaan semua hitam edisi terhad ini melambangkan esen jenama ini. Malah kristal nilam jam tangan ini juga diperbuat daripada smoked sapphire. Terhad kepada 50 utas, Big Bang GMT All Black Yohji Yamamoto eksklusif dijual di butik Hublot Ginza sahaja.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kami Yakin Trend Bibir Glos Masih Hit Pada Tahun 2020
Hublot Yohji Yamamoto: Hitam & Elegan Sebagai DNA