10 Kad Cinta Unik, Seksi, Comel & Lucu Sempena Sambutan Hari Kekasih 2020

Hari Kekasih tidak semata-mata untuk ditujukan kepada pasangan, ia adalah eksklusif untuk pencinta (ahli keluarga, kawan-kawan, dan semua yang dirasakan layak menerima cinta). Bahagian terbaik daripada hari penuh sentimental ini ialah disertakan bingkisan hadiah atau kata-kata manis melalui kad ucapan. Tetapi kerana tidak semua daripada kita mewarisi gen Billy Shakespeare moden, ada beberapa website luar negara yang menjual kad cinta unik, seksi, comel dan lucu sempena sambutan Hari Kekasih tahun ini. Lihat apa yang saya senaraikan.

10 Kad Cinta Unik, Seksi, Comel & Lucu Sempena Sambutan Hari Kekasih 2020


1. Paperchase

Laman web antarabangsa ini menghasilkan reka bentuk kertas yang baik secara konsisten, baik daripada koleksi pen, hingga buku nota dan kad.

2. Etsy
Etsy menawarkan banyak pilihan kad ucapan kreatif daripada hasil lukisan tangan dan potret.

3. Lovepop
Siapa penggemar kad pop up pasti jatuh cinta juga dengan ‘kedai’ atas talian lovepop. Nampaknya koleksi kali ini banyak menampilkan ikon kartun antarabangsa dan watak-watak dalam filem.

4. Amazon
Jika kamu mencari pelbagai jenis kad ucapan V-Day dan berharap mendapatkannya secara pantas. Mungkin Amazon platform yang sesuai.

Kad Cinta Unik

5. Society6
Dilukis daripada koleksi artisan bebas seluruh dunia. Seperti kad ini menampilkan hantu sebagai tanda ‘menghantui diri kamu selamanya’.

Kad Cinta Unik

6. PaperSource
Keunikan kad ucapan daripada PaperSource pula kebanyakannya bertema dan mempunyai pelekat, pita washi dan kit DIY yang boleh kamu gubah sendiri.

Kad Cinta Unik

7. Urban Outfitters
Sekiranya teman istimewa kamu seorang yang playful, maka pilihlah kad ucapan yang terkini yang kena dengan budaya pop berkaitan.

Kad Cinta Unik

8. Zazzle
Comelnya ucapan! Macam nak makan! Zazzle juga tak pernah kalah dengan kata-kata manis dan imej ‘memujuk’ agar pasangan tak jadi marah.

Kad Cinta Unik

9. Oliver Bonas
Adakah pasangan kamu seorang yang sentimental, manis, tegas ataupun biasa-biasa saja. Oliiver Bonas secara terang-terang menyampaikan mesej pada muka depan kad.

Kad Cinta Unik

10. Target
Jika kamu mencari kad yang manis-manis, cuba cari di Target bahagian koleksi multi jenama V-Day yang mungkin lebih luas pilihannya seperti kad ini.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#LatinaPower Super Bowl 2020: Saksikan Shakira & JLo Berlawan Gerudi Punggung!
10 Kad Cinta Unik, Seksi, Comel & Lucu Sempena Sambutan Hari Kekasih 2020