Decor, Declutter & DIY : Saluran Youtube Untuk MCO Eskapisme!

Tiga ‘D’ – decor, declutter & DIY! Tiga perkara ini yang bisa diadaptasi semasa sedang berada dalam perintah berkurung sepanjang pandemik COVID-19.

The best thing about MCO is, kamu bukan sahaja berpeluang menghabiskan sepenuh masa di rumah. Sebulan di rumah, terasa seperti berabad ini membuatkan kamu mencuri setiap saat, minit atau jam yang ada ini untuk hal lain. Memikirkan pilihan hidup selama ini, menilai apa yang baik juga yang kurang dan barangkali cuba mengerti apa yang kamu akan cakap to your younger self. LOL!

Tetapi kami bukannya mahu membuka bicara hal itu. Bukan. Kami mahu membuka minda kamu untuk memerhatikan keadaan sekeliling. “Mungkin saya perlu tukar warna cat dinding rumah saya,” atau “I need a storage. Saya kena kemas baju-baju ini,” atau “Saya perlukan hobi baharu! Tiba masa untuk belajar buat sendiri hiasan dalam rumah ini!” Ya, perintah kawalan pergerakan ini mendorong diri untuk ‘ada sahaja’ melakukan sesuatu pembaharuan mahupun perubahan dalam tempat tinggal kita!

mco interior decor 2020

Sebermula berkurung sampailah sekarang, saya sudah menyimpan lebih seratus gambar hiasan dalaman rumah dalam folder ‘Saved’ Instagram saya – kerana berhasrat untuk mengubah bahagian dalaman rumah saya sendiri semasa PKP dan pasca-PKP nanti (apakah décor dan interior obsesi baharu saya? Mungkin juga). Dan, saya juga sempat menyisip masa yang ada dengan menonton beberapa saluran di Youtube yang menyingkap cara-cara menghias rumah, bikin almari, meja ataupun hiasan DIY, decluttering serta proses mengemas rumah. Terus terang, banyak jugalah yang saya pelajari. Saya memetik sedikit-sedikit tips atau ajaran yang diberi untuk memperbaiki apa-apa yang patut dalam rumah.

Saya kira, mungkin saluran-saluran ini (atau episod tertentu daripada saluran-saluran ini) adalah yang terbaik untuk dijadikan rujukan. Mengapa? Kerana dua perkara : yang pertama, youtubers dalam saluran-saluran ini bercakap dalam bahasa sekarang dan apa yang mereka cadang atau lakukan adalah sesuatu yang kita boleh relate. Yang kedua, ada di antara saluran-saluran ini memberi tips untuk kita tidak berbelanja lebih, cukup sekadar menggunakan apa yang ada dan sangat mudah untuk dilaksanakan sepanjang tengah berkurung sekarang.

YOUTUBE CHANNEL TENTANG DECOR, DECLUTTER & DIY UNTUK DITONTON KETIKA PERINTAH BERKURUNG

Saluran Alexandra Gater (@alexandragater) adalah saluran yang membantu menyelesaikan isu menghias rumah, membantu menukar ruang dalam rumah (makeover) dan berkongsi inspirasi bagi menjadikan ruang dalaman nampak lebih menarik. Selain itu, Alexandra juga berkongsi tips-tips bijak tentang berjiimat atau tidak perlu berbelanja lebih dari aspek membeli produk-produk tertentu untuk kegunaan rumah. Episod saluran Alexandra di atas – yang dimuat naik kelmarin – memberi tunjuk ajar bagaimana dia makeover almari kecil kepada pejabat rumah (rumahnya sendiri) sewaktu kuarantin. 

Lone Fox atau Drew Scott (@iamdrewscott) pun sama. Saluran Youtube milik Drew ini (yang diberi nama Lone Fox) membawa kita menerokai hiasan dalaman rumahnya, bagaimana dia mengubahsuai rumahnya itu mengikut musim, mengajar kita tentang membuat DIY dan yang paling saya suka adalah… hacks! Ya, dia juga mengajar bagaimana untuk hack produk-produk IKEA, produk-produk hiasan dari jenama lain dan sebagainya. Orangnya sangat kreatif dalam bab menukar mood dalaman rumah dan kesemua idea tersebut boleh dilakukan sepanjang kita berkurung sekarang. Episod saluran Lone Fox di atas, – yang dimuat naik empat hari lepas – Drew berkongsi idea DIY ke atas throw pillows. 

Cara terbaik untuk purge pakaian atau aksesori yang tak dipakai lagi adalah… dengan menonton sistem yang dilakukan oleh Allison Bornstein dan Violette Fr (@violette_fr) ! Sungguhpun ia dimuat naik lebih kurang sebulan yang lalu – pada bulan Mac lepas – namun tips yang Allison kongsi bersama Violette ini wajar dimanfaatkan. Di mana Allison mendalami stail peribadi Viollete, lalu meminta Violette untuk mengagihkan pakaian-pakaian serta aksesori-aksesorinya berdasarkan kumpulan tertentu : ‘No, Not Now, How’. Bagi kami, apa yang diajar oleh Allison ini boleh diadaptasikan sewaktu perintah berkurung ini. Lihat balik almari kita dan declutter!

Kami sangat suka estetika Alix atau salurannya, I Covet Thee (@icovetthee). Apa yang dipersembahkan oleh Alix kebanyakannya bersendikan inspirasi Scandinavian, moden dan hygge. Selain meliputi fesyen serta kecantikan, Alix turut memfokuskan pada hiasan dalaman rumahnya, melakukan makeover, unboxing haul barang-barang rumah yang dia baru beli dan seumpamanya.  Episod saluran I Covet Thee yang telah dimuat naik lebih kurang lima hari lepas memperlihatkan Alix mengubahsuai walk-in miliknya. Puas juga menonton. 

Untuk belajar DIY pula, rujuk saja saluran DIY Danie atau Danie Berger yang kebanyakannya memfokuskan DIY, hacks dan menjadi kreatif dengan produk-produk hiasan dalaman rumah. Danie yang juga teman rapat Alexandra, boleh dikatakan adalah ‘maestro’ dalam hal-hal DIY dan hacks. Kami sangat suka pada daya inovasi serta kegigihan Danie, terutama sekali dalam dia mengubah bentuk produk-produk IKEA. Like a legit IKEA hacks, sehingga produk tersebut tidak nampak seperti dibeli di IKEA. Tonton video di atas, yang mempertontonkan aksi Danie makeover almari IKEA dan melangsungkan idea DIY. 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Siapa Selebriti Potong Rambut Sendiri Waktu PKP?
Decor, Declutter & DIY : Saluran Youtube Untuk MCO Eskapisme!