Pasangan Nak Seks… Tapi Kamu Tak Mahu, Apa Nak Buat?

pasangan nak seks

Pasangan nak seks, tapi kamu tak mahu. Mungkin pengalaman ini sesuatu yang pernah atau biasa kamu alami. Kamu naik tren balik rumah hampir sejam, berbanding tempoh selalunya 35 minit. Ini tentunya tidak menyenangkan apalagi setelah bos kamu menjerit kepada tentang kesilapan yang bukan berpunca daripada kamu pun. Dan di atas semua ini pula, bahu kamu tegang sebab workout semalam dan kamu rasa macam nak selesema. Apa pun, kamu pulang ke rumah di penghujung hari berasa lunyai – kamu hanya nak tonton drama bersiri Camelia dan bercakap pasal Ain Edruce, tapi pasangan kamu ada idea lain dalam kepalanya. 

Matanya melirik-lirik pada kamu menjeling manja, tangannya menjalar-jalar di seluruh tubuh kamu. Dia berbisik, “Jom…  I’ve been thinking about your body... sepanjang hari.” Kamu tahu, dia mahu seks. Selalunya dalam keadaan seperti ini, pada masa-masa lainnya, kamu akan menadah dengan tangan terbuka. Tapi kali ini, rasa macam banyak sangat usaha yang perlu digunakan. 

Kamu penat dan lapar dan tak ada mood langsung. Kamu jawab, “Boleh tak bagi I lima minit untuk relaks?” Dan waktu itu juga kamu lihat keterujaan di mata pasangan kamu langsung hilang sebelum berpaling dan menunduk. Mampus!!!!

Faham-fahamlah memang tak seronok dan kadang-kadang melukakan pabila ajakan seks kamu ditolak.

Dalam masa sama, tak seronok juga kalau kamu yang menolak – kamu tak mahu menghampakan pasangan kamu atau buat mereka rasa tidak diingini. Jadi untuk mengelakkan semua perasaan buruk ini, memulakan seks sering hadir dengan pelbagai perasaan yang tersimpan. Banyak yang merasakan jika kamu selalu menolak seks, pasangan akan terus berhenti mencuba. Mungkin mereka akan bersetuju untuk seks yang mereka yang mahu sangat, hanya untuk mengelak daripada mengecewakan pasangan. Menurut kajian, seks untuk elak daripada terjadinya isu perhubungan akan lebih ‘melukakan berbanding membantu’, terutama dalam perhubungan pasangan yang kurang seks. 

Penyelesaiannya?  Belajar untuk menolak tanpa kedua-dua kamu ada berperasaan negatif terhadap sesama sendiri selepas itu. Kunci kepasa penolakan tanpa membuat pasangan kamu rasa insecure bergantung kepada bagaimana penolakan itu berlaku. Lakukan lah dalam cara paling halus. Keluarkan angin daripada belon seks pasangan kamu perlahan-lahan berbanding mencucuk belon itu dengan jarum. 

Tunjukkan dengan jelas 100 peratus, yang kamu tidak mahu seks walau pasangan nak seks

Kamu tak perlukan alasan jika kamu menolak seks, sama dengan jika kamu tak mahu makan bijirin untuk sarapan. Kalau kamu rasa nak bagi alasan, bagus, tapi kamu tak perlu rasa bertanggungjawab untuk memberinya. Dan jangan berselindung-selindung. Dia sex partner kamu. Jujur dan berterus-terang sahaja. Kalau tak ada mood, cakap sahaja tak ada mood. Jangan pura-pura berlagak macam kamu perlu naikkan mood kamu. Mungkin kamu boleh mulakan dengan, “Hey I tak rasa nak seks malam ni.”

Akui dan galakkan kemesraan

Kita semua mahu rasa diingini. Apalagi kalau melibatkan hubungan seks. Satu yang tidak bagus jika pasangan menolak seks dengan kamu bukan sahaja melibatkan penolakan fizikal tetapi juga emosi. Kajian mendapati efek negatif ditolak pasangan untuk seks bertahan lebih lama berbanding rasa seronok kalau pasangan cakap “ya” untuk seks. Dalam masa sama pasangan yang berkata ya atau menolak seks itu akan masih rasa seronok kerana diingini oleh pasangannya. 

Beritahu pasangan bahawa kamu sayangkan dia dan mahukan dia walau kamu tak mahu ‘hentam’ dia waktu itu. Tentulah pasangan kamu tahu fakta itu. Kamu mahu mereka rasa diingini kerana mereka baru sahaja memberitahu yang mereka mahukan seks dengan kamu. Kalau kamu mahu, boleh sahaja menyentuh fizikal seperti urut belakang, berpeluk atau bercumbu. Kalau tak, boleh capai objuektif yang sama secara lisan. Duduk bersama sebotol wain dan berbual tentang hari kamu. Tak susah pun. Pasangan kamu mahu berhubungan dengan kamu, cuba jangan matikan rasa itu.

Cadangkan sesuatu yang lain kalau pasangan nak seks

Kalau betul-betul kamu tak mahu langsung buat apa-apa,  kamu kena beirtahu dalam cara paling halus dan lembut. Cadangkan sesuatu yang pasangan kamu suka buat, tapi untuk dilakukan lain kali. Misalnya, “Sorry sayang, Tapi I betul-betul nak relaks je malam ni. I love you dan mungkin hujung minggu ni kita boleh _____”. Isi tempat kosong dengan sesuatu yang kamu berdua suka buat, tak kisah seksual atau tidak. 

Atauuuuuu… kamu juga boleh cadangkan sesuatu yang seksual kalau kamu mahu. Kalau kamu tidak mahu seks penetrasi, tapi mungkin sesuatu yang light-light. “I tak nak seks sekarang. Tapi jom mandi sama nak?” Ini satu contoh yang kamu boleh buat. Asalkan jangan jadi individu yang hanya tengok telefon dan cakap, “Bukan malam ni sayang. Lain kali lah,” sedang pasangan kamu tengah seksi-seksi di sebelah kamu. You’re the worst if you did that!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Tahukah Kamu Apakah Sebenarnya Maksud SPF Dalam Pelindung Sinar?
Pasangan Nak Seks… Tapi Kamu Tak Mahu, Apa Nak Buat?