Percutian Kelamin Paling Sempurna Sempena Bulan Cinta

Percutian kelamin boleh menjadi indah dan romantis tetapi kadang-kala jika menghabiskan masa berpanjangan di tempat baru bakal menguji perhubungan tersebut. Masuk akal juga. Bercuti sebenarnya memberi sedikit tekanan. Dan ia memerlukan beberapa kompromi. Mungkin kamu menjangkakan bagaimana percutian kamu bakal terjadi. Kamu juga mungkin ada masa yang terhad. Semua faktor tersebut mempunyai ‘kesukaran’ yang mungkin kamu tidak jangkakan sebelum ini. Kunci untuk benar-benar menikmati percutian kamu bermula dengan memilih destinasi yang tepat.

Percutian yang sempurna selalunya ke destinasi di mana kamu atau pasangan kamu pernah pergi sebelum ini. Dan tidak sukar untuk sampai ke sana. Sama ada ingin ke lokasi yang kamu pernah pergi atau ikut saranan saya. Jadi ini mungkin pilihan terbaik untuk kamu:

Destinasi Luar Negara Sempurna Untuk Percutian Kelamin

Turks & Caicos
Tinggal di mana: The Shore Clubs.
Hartanah mewah, romantis ini terletak di bahagian pulau yang kurang maju, di mana kamu dapat menemui ketenangan, dan keintiman. Turks & Caicos agak mudah untuk dinavigasi. Selain itu, perjalanannya hanya 90 minit dari Miami dengan kapal terbang, jadi perjalanan tidak akan memakan banyak masa.

Percutian Kelamin

New York
Tinggal di mana:1 Hotel Brooklyn Bridge
Hartanah ini direka dengan pemikiran yang ‘hijau’ (kunci bilik diperbuat daripada kayu kitar semula dan bukannya plastik dan tumbuh-tumbuhan), dan mempunyai pemandangan kaki langit Manhattan. Tambahan lagi, hotel ini menawarkan pengalaman istimewa untuk dua orang. Pada Hari Valentine, misalnya, kakitangan akan menempatkan kamu dan pasangan dengan bacaan astrologi peribadi dan ditambah pula rawatan muka 50 minit, serta rawatan refleksologi.

Percutian Kelamin

Newmarket on Fergus, Ireland
Tinggal di mana: Dromoland Castle
Jika kamu menggemari era Downton Abbey, tempat ini sesuai untuk mengabadikan kenangan kamu. Ia terbentuk sejak abad ke 16 yang terdapat lorong-lorong indah hingga taman melingkari dinding. Jangan risaua kerana ia mempunyai banyak kemudahan moden. Tambahan lagi, istana hanya 10 minit dari lapangan terbang.

Percutian Kelamin

Denver, Colorado
Tinggal di mana: The Maven
Hotel ini mempunyai 700 buah seni yang menarik, ditambah dengan patio dan tab mandi mewah di bilik-bilik. Ia terletak di tengah-tengah kejiranan LoDo. Kamu boleh menonton besbol dari bar di atas bumbung stadium, dan Denver Union Station, yang dipenuhi dengan kedai-kedai dan restoran yang comel.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
‘Sumpah’ Naim Daniel Menawan 6 Juta Penonton!
Percutian Kelamin Paling Sempurna Sempena Bulan Cinta