Samsung Z Flip : Telefon Lipat Pintar Stailish Untuk Kamu Yang Bergaya

Ini telefon lipat pintar generasi kedua keluaran Samsung dan ternyata yang ini menurut pandangan saya jauh lebih mesra pengguna dari segi saiznya berbanding yang sebelum ini. Pertama kali melihat Samsung Z Flip, hati saya serta-merta terpikat. Kerana rupa bentuknya mengingatkan saya kepada telefon pintar yang pernah dimiliki saya berbelas tahun dahulu.

Samsung Z Flip

Setelah lebih kurang dua minggu diberi peluang menggunakan telefon pintar ini, apa yang boleh saya katakan, ini antara telefon pintar menarik dengan inovasi yang boleh dibanggakan. Pertama sekali, bercakap tentang warnanya. Hadir dalam tiga rona iaitu ungu, emas, dan hitam dalam kemasan mewah metalik. Yang menangkap mata saya sudah tentu rona emas. Namun jika tanya saya, rona ungu juga agak menarik sesuai untuk wanita, lebih manis. Dan seperti biasa, rona hitam pula membuatkan telefon kamu tampak cukup elegan sekali.

Samsung Z Flip

Mungkin ada di antara kamu yang gelisah dan timbul persoalan, “Tidak rosakkah jika saya asyik melipat dan kemudian membaring rata skrin telefon ini?” Jangan risau. Samsung yakin Samsung Z Flip ini mampu bertahan sehingga 200,000 kali lipatan. Bukan itu sahaja, skrinnya dicipta dengan teknologi Infinity Flex Display dengan ukuran 6.7 inci ini memberi kepuasan lebih kepada pengguna terutama sekali apabila menonton video. Bukan itu sahaja, mungkin kamu tidak tahu, skrin Samsung Z Flip ini direka menerusi teknologi Samsung Ultra Thin Glass. Bayangkan gelas nipis boleh dilipat-lipat? Menakjubkan bukan?

Mewah dalam pada masa yang sama stailish, mari saya senaraikan spesifikasi yang terkandung di dalam telefon pintar Samsung Z Flip ini:-

Samsung Z Flip

Harga pasaran: RM5,888

Skin Paparan

Memiliki skrin kecil ukuran 1.1” dengan ciri Super AMOLED Display saiz 300 x 112

Kamera Utama (Belakang)

Kamera dual (wide-angle dan ultra wide)

Kamera 12mp wide-angle, SuperSpeed Dual Pixel AF, OIS. Saiz pixel: 1.4µm. F1.8, FOV:78°

Kamera 12mp ultra wide, saiz pixel: 1.12µm. F2.2, FOV: 123°

Kamera Depan

Kamera swafoto 10mp

Saiz pixel: 1.22µm

F2.4, FOV: 80°

Memori

8GB RAM

256GB simpanan dalaman

Samsung Z Flip

Contoh swafoto menerusi kamera depan yang diambil. Cukup smooth. 

Jika tanya saya, ini telefon pintar yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Buat kamu yang gemar bergambar atau mengambil video seperti vlog dan panorama, ini antara telefon pintar yang sesuai untuk kamu!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
7 Toxic Colleague : Elak & Sudah Tahun 2020… Berubahlah!
Samsung Z Flip : Telefon Lipat Pintar Stailish Untuk Kamu Yang Bergaya