Takut Coronavirus: Wajarkah Tindakan Naomi Campbell?

Takut CoronavirusTakut Coronavirus tetapi wajarkah tindakan Naomi Campbell sampai perlu menyarung sut keselamatan penuh, topeng muka, goggle dan sarung tangan getah pink? Seluruh dunia gempar pabila Naomi Campbell memuat naik gambar dia menaiki pesawat dari LA ke New York berpakaian sebegini. Dia nampak lebih kepada paranoid sebenarnya. Benar, kita semua harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada dijangkiti Coronavirus tetapi bukan kah tindakan Naomi ini dilihat sebagai sedikit keterlaluan dan tak perlu?

Bagi saya ia mampu mencipta keadaan panik melampau apalagi di kalangan orang yang sememangnya sudah ada anxiety. Mesej yang cuba disampaikan oleh Naomi adalah seolah-olah pandemik Coronavirus ini sudah mencapai tahap yang terlalu genting sehingga memaksa dia mengambil langkah keselamatan sebegitu rupa. Tak salah kalau dia mahu berbuat mengambil langkah keselamatan sebegitu tetapi lebih elok jika dia membuatnya senyap-senyap tanpa perlu menghebahkannya ke seluruh dunia melalui media sosial dan saluran Youtube nya.

Menurut Naomi dia sudah mula mengambil langkah keselamatan sewaktu menaiki penerbangan sejak 90-an lagi. Dalam satu Youtube video yang dimuat naiknya menunjukkan Naomi mengelap semua permukaan di sekitar tempat duduknya dalam penerbangan dengan alkohol.  Akuinya juga, “Banyak orang berpandangan serong melihat saya memakai sut keselamatan ini dan berpindah tempat. Baguslah. Saya juga tak mahu duduk dekat dengan mereka.” Aduhhhh… Naomi… Naomi… Ini memang perangai semulajadinya. Dah nak buat macam mana. Cuma dalam keadaan dunia yang semakin bimbang dengan Coronavirus, bukankah lebih baik menunjuk contoh dengan cara tenang dan sivil. Bukanlah menambah panik seperti ini.

Takut Coronavirus atau paranoid atau langkah keselamatan?

Dalam langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh World Health Organization untuk mengelak jangkitan Coronavirus, cara yang ditunjukkan oleh Naomi ini tidak tersenarai langsung. Yang sepatutnya kita buat ialah membasuh tangan, kuarantin diri kalau sakit, elak menyentuh muka dan sentiasa membawa hand sanitizer. Itu sahaja. Maka apa yang ditonjolkan oleh Naomi ini ialah ketakutan dan paraoia dirinya sendiri sahaja. Tidak adillah dia menghebahkannya kerana bimbang akan mencetuskan perasaan tidak senang atau huru-hara kepada dunia.

Mungkin juga dia sengaja mahukan publisiti sama seperti tindakan-tindakannya sebelum-sebelum ini sehingga membawa dia ke mahkamah dan terpaksa menjalani public service. Yalah apa-apa sahaja yang akan menjadikan dia tajuk utama dan menaikkan nama, tak mustahil dia sanggup melakukannya.

Ada yang mempersendakannya

Tak lama pun selepas Naomi memuat naik gambar dia di lapangan terbang, muncul meme oleh seorang artis melalui lukisannya seolah-olah kempen menjual wet wipes. Malah ada yang memberi komen akan membeli produk tersebut sekiranya ia dijual. Mujurlah ada yang boleh melihat situasi Naomi ini sebagai bahan jenaka dan meringankan semula keadaan. Bayangkan kalau dunia menjadi lebih huru-hara seperti yang terjadi kepada rakyat Malaysia di beberapa tempat hari ini menggila membeli barang untuk simpanan stok di rumah kerana kemungkinan pengumuman lockdown? Aduhhhhh susahlah kalau banyak manusia begini. Tak membantu malah lebih mengeruhkan keadaan.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
COVID – 19 : Jenama Fesyen, Influencer Mengumpul Dana Bantu Itali
Takut Coronavirus: Wajarkah Tindakan Naomi Campbell?