Teks Gambar Bogel Sebelum Dating, Apa Kata Kamu?

teks gambar bogel

Teks gambar bogel sebelum dating akan melegakan stres kamu tentang bertemu dengan orang baru. Apa kata kamu tentang persoalan ini? Kami kupaskan isu ini dengan lebih lanjut. Ia juga seperti trend baru dalam dunia berpacaran hari ini. Kalau tidak, masakan banyak selebriti yang terdedah menghantar gambar atau video bogel mereka kepada perempuan atau lelaki yang mereka temui di aplikasi dating online. Ohhh panassssssss!!!

Baru-baru ini, Zamarul menghantar gambar bogelnya yang pertama. Sebagai lelaki heteroseksual 35 tahun, dia terfikir-fikir apakah dia sedikit lambat dalam hal menghantar gambar zakar. Dia bertanya kepada kawannya, ‘Aku hantar gambar zakar aku yang pertama hari ni, pelik lah rasanya,’.” Kawannya menjawab, “Ok lah tu,” sambil menyambung balik buat kerja.

Zamarul dapat merasa bahawa kawannya menganggap itu sebagai perkara biasa. Melalui Instagram, kawan Zamarul menghubungkan dia dengan seorang wanita di Johor Bharu kerana merasakan mereka sesuai bersama. Dan memang mereka sesuai pun. Selepas sehari dua mengorat melalui mesej teks dan panggilan telefon, wanita itu menghantar gambar bogelnya.

“Saya tengah kerja waktu tu,” kata Zamarul pabila dia melihat telefonnya dan nampak gambar bogel tu. “Itulah waktu kerja terbaik saya pernah lalui.”

Beberapa hari selepas itu…

Zamarul terfikir apakah dia harus menghantar gambar bogelnya pula? Apakah wanita itu menghantar gambar bogelnya sebagai pelawaan untuk dia pula menghantar gambar bogelnya? Apakah ini akan membuat wanita itu menghantar lebih banyak gambar bogelnya? Bukan kah pelik untuk menghantar gambar bogel kepada orang yang belum pernah dia temui pun?

Seringnya, pertukaran virtual gambar bogel sebelum pertemuan pertama akan mengiktiraf bahawa kedua-dua pihak berniat untuk menjalin hubungan seks. Banyak orang yang saya tanya untuk artikel ini bersetuju bahawa bertukar gambar bogel akan menandakan pertemuan sekali sahaja, atau semata-mata hubungan seks sahaja. Daripada membuat date pertama jadi janggal, individu yang saya tanya cakap mereka akan menjadi lebih relaks kerana kemesraan melihat gambar bogel masing-masing juga mengantar mesej sikap yang lebih terbuka terhadap seks.

Kadang-kadang kerana jadual kerja, kamu pun tak tahu bila kamu akan akhirnya bertemu atau keluar dating, jadi teks gambar bogel akan membuatkan keinginan untuk bertemu itu sering ada. Kata DJ, wanita 26 tahun yang juga lesbian, “Dalam beberapa situasi, mengorat online ni akan bertahan beberapa minggu lamanya dan minat semakin meningkat, jadi saya akan kadang-kadang mengirim gambar bogel. Itu pun kalau saya dan orang itu berminat untuk menjalin hubungan seks sahaja.”

Gambar teks bogel sebagai cara merawat, self-love dan self-discovery.

Ia juga sebagai cara untuk mengetahui pilihan pasangan. Mungkin ada yang hanya mahukan individu bertubuh kurus, putih dan gebu sahaja. Jadi dengan menghantar gambar bogel, kata DJ boleh jadi cara “saya tahu sama ada dia suka atau tidak dengan fizikal saya”. Kata Amirul, gay, 32 tahun pula, “Mengetahui pilihan pasangan saya tentang jenis fizikal yang dia suka akan membuat saya rasa lebih selamat andai kata seks menjadi tujuan utama bila kami bertemu kelak.”

Gambar teks bogel boleh juga dianggap sebagai cara merawat, self-love dan self-discovery. “Bertahun-tahun pabila saya mandi, saya tak berani pun melihat ke arah tubuh saya sebab saya tak suka dengan apa yang saya lihat, ” kata DJ. “Saya sering berlindung di sebalik hoodie dan sweatpants, walau dalam cuaca 90 darjah.”

Kata DJ dia sering bertukar gambar bogel dengan kumpulan teman-teman “kebanyakannya platonik” yang ditemui melalui aplikasi online dating atau sosial media di mana mereka akan menghargai dan menyokong tubuh sesama mereka.

Zamarul memberitahu…

Yang dia pun tak pernah menyangka bahawa dia akan menghantar gambar bogelnya sekiranya wanita yang dia hubungi itu tidak memulakan dulu. “Saya rasa saya perlu membalas kirimannya itu.” Tapi dalam masa sama Zamarul juga berasa tidak senang duduk dengan tindakannya itu.

Adalah lebih baik untuk kita mendapat tanda dahulu daripada pasangan terutama sekali wanita sebelum kamu menghantarnya dahulu. Ini kerana bimbang, kalau lelaki yang menghantar dahulu gambar bogel mereka, akan dianggap sebagai gangguan seksual. Ini juga akan menguatkan lagi stereotaip budaya bahawa lelaki hanya mahukan seks sahaja.

Setakat ini (yang saya tanya), hanya lelaki gay sahaja yang selesa sekiranya mereka menerima gambar bogel daripada orang asing. Pun begitu, ia belum tentu menjanjikan yang mereka akan terus berhubungan di masa depan. “Saya perasan orang yang senang menghantar gambar zakarnya selalunya tidak menarik untuk menjadi teman berbual,” kata Hasnol, gay 29 tahun.

Tulisnya lagi, “Bagi saya menghantar gambar zakar itu hanya bermakna ‘hanya ini sahaja yang saya  boleh tawarkan’… Saya juga perasan yang hubungan dari aplikasi online ini akan lebih bertahan dengan lelaki yang menunggu sehingga date pertama dahulu sebelum menunjukkan gambar bogel mereka.”

Dengan seringnya terjadi pertukaran gambar bogel online ini…

…membawa juga kita kepada soalan apa kita nak buat dengan gambar-gambar bogel orang ni kalau kita berhenti bercakap dengan mereka? Dalam mesej teks, Zamarul menjawab, “Saya banyak bagi tahu teman saya cerita ni dan tentunya mereka semua nak tengok gambar bogel ni…

“Saya akan selalu cakap TIDAK. Walaupun saya tak peduli lagi tentang wanita-wanita ini, saya masih percaya bahawa ia satu bentuk kepercayaan yang tak boleh saya runtuhkan.”

“Wanita itu boleh  buat apa sahaja dengan gambar zakar saya. Anyway, saya bangga dengan zakar saya,” teksnya. “Ada yang pernah bagitahu, zakar saya cantik.”

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Siapa Kata Ubat Gigi Elok Untuk Rawat Jerawat? #BigNo
Teks Gambar Bogel Sebelum Dating, Apa Kata Kamu?