6 Ramalan Trend Hiasan Dalaman Untuk 2020

Untuk mendekatkan diri dengan tahun 2020 yang dinantikan, apa kata kamu mengubah sedikit hiasan dalaman rumah dan ruang rumah kamu yang sudah bersarang itu kepada yang lebih segar dan mempunyai apresiasi terhadap alam, minat dan sekeliling. Mula mengubah minggu hadapan agar bermula Januari 2020 segalanya nampak baru setelah menihat trend hiasan dalaman ini.

Di sinilah ramalan hiasan rumah yang saya kira wajib dicontohi untuk tahun 2020. Setiap trend ini merangkumi bilik, taman dalam rumah, stesen kopi mini di rumah dana pa yang kamu minat seperti muzik. Sejujurnya ada beberapa senarai kelihatan tidak realistik dengan kebanyakan rumah ‘serba sederhana’ rakyat kita, tapi jika ia boleh mencetus idea untuk mencipta sebuah mini pawagam di rumah jenis kos rendah, bukankah wow namanya?

trend hiasan dalaman

https://www.instagram.com/aidil_saleh/

  1. Taman Dalam Rumah

Hasil pencarian ‘garden room’ meningkat ke 104 peratus. Bukan alasan kamu bukan ‘bertangan sejuk’ untuk mencipta ruang hijau di dalam rumah. Kebanyakan individu bujang gemar menghiaskan rumah mereka dengan tumbuh-tumbuhan. Lagi-lagi trend terrarium sudah bermula sejak tahun lalu atau kalau sudah malas, pokok hiasan plastik sudah cukup membuat ruang nampak indah. 

2. Gaya Bekerja Di Rumah

Pencarian ‘work-from-home outfit’ mencapai 82 peratus, ramai mencadangkan bahawa freelancers atau bos untuk kompeni sendiri yang bekerja di rumah tidak berminat untuk menghabiskan sepanjang hari dengan memakai pajama. Golongan ini bukan dianggap indie tetapi mereka lebih stailish dan ringkas walaupun bekerja di rumah. Tapi jika keluar ke parti, mereka ini akan all out!

trend hiasan dalaman

3. Bilik Audio

Pencarian untuk bilik audio mencapai 803 peratus banyaknya! Tentu saja audiophile mencari atau ingin mencipta satu ruang yang boleh mendengar vinyl Lizzo dan Robyn dengan tenang dan menghayati muzik yang mereka suka. 

trend hiasan dalaman

4. Air Terjun 

Ramai juga menginginkan elemen air di dalam rumah. Pencarian terhadapnya mencapai 917 peratus. Saya juga fikir mungkin ia berkaitan dengan ketenangan, feng shui, atau sedap mata memandang melihat air melalui arusnya. 

trend hiasan dalaman

5. Pawagam Mini

Menonton Netflix di komputer riba kamu sudah dianggap pawagam mini di rumah? Jika mahu lebih kepuasan, mungkin satu bilik di rumah kamu boleh dibuat pawagam mini dan boleh mengikut beberapa inspirasi di internet. Seronok jika dapat berkumpul bersama keluarga dan sahabat dalam satu ruang dan berkongsi pendapat tentang apa yang ditonton. 

trend hiasan dalaman

6. Stesen Kopi

Sekiranya kamu seorang penggila kopi, buatlah ” caramel macchiato” kamu sendiri dan boleh menjadi barista mengikut selera kamu sendiri. Pojok kopi ini cukup dengan mesin kecil dan beberapa ramuan tambahan seperti gula merah, krimer perisa istimewa dan sebagainya. 






What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Billie Eilish Adalah Yang Selalu Dicari Di Google
6 Ramalan Trend Hiasan Dalaman Untuk 2020