5 Video Huda Kattan Yang Boleh Dijadikan Inspirasi Kala Bersolek

Jika kamu seorang peminat dunia kecantikan, tidak sah jika kamu tidak kenal dengan wanita ini. Pemilik perusahaan kosmetik Huda Beauty, dia kini antara usahawan kecantikan paling berjaya di dunia. Huda Kattan yang pada mulanya seorang jurusolek kemudian memilih untuk berhenti dan memulakan karier sebagai seorang blogger pada 2010. Kemudian, selepas beberapa tahun, dia berhasrat untuk membina empayarnya sendiri. Segalanya tercetus apabila Huda bersama kakak-kakaknya sedang membeli-belah dan tidak menjumpai sebarang bulu mata palsu di pusat beli-belah itu. Lihat hari ini, Huda Kattan sudah mencipta lebih daripada 140 produk mekap dan sudahpun mengaut keuntungan lebih $250 juta setiap tahun. Buat kamu yang belum mengenali siapa Huda Kattan ini sebenarnya, mari kami kongsi 5 video cantik daripada wanita ini yang boleh kamu jadikan inspirasi kala bersolek.

Tip Glitters Glamour

Huda menekankan bahawa kulit yang sihat menyumbang kepada kesempurnaan dan kemulusan mekap di wajah. Bukan cantik semata-mata kerana solekan itu sendiri. Jadi, kamu semua juga harus ingat, penjagaan kulit wajah amat penting. Kami sukakan solekan glamor Huda ini. Walaupun ia cukup basic, namun suntikan pembayang mata glitters itu menjadi titik fokus kepada keseluruhan mekap oleh Huda ini.

Solekan Silver Galaxy

Everyone can wear silver! Huda menggunakan palet Mercury Retrograde Eyeshadow RM295 . Kami suka bagaimana dia memadukan solekan mata rona ungu bersama rona perak ini.

Solekan Bibir Sexy Red

Jika kamu perasan, Huda masih mengamalkan teknik baking dalam solekannya. Bukan sekadar baking bawah mata, dia juga mengaplikasikan teknik ini pada keningnya!

Tip Sorok Cela

Tidak tahu datang daripada mana kesan lebam di wajah Huda, namun dia tahu bagaimana hendak menyorokkannya menerusi mekap. Dalam setiap rutin solekannya itu, pasti Huda akan menggunakan N.Y.M.P.H All Over Body Highlighter RM210 sebagai asas kepada solekannya. Ini untuk memberikan hasil solekan yang lebih glow dan berseri-seri.

Kontur Guna Jari

Huda membuktikan untuk mendapat efek kontur sempurna tidak semestinya hanya dengan menggunakan berus. Jari-jemari juga boleh menggunakan produk daripada Huda Beauty. Namun, perlu kamu ingat tidak semua tekstur kamu boleh adun menggunakan jari dengan sempurna. Hanya tekstur tertentu antaranya seperti produk yang bertekstur krim atau mousse.

p/s: Produk Huda Beauty boleh di dapati di Sephora Malaysia!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
AME 2020: Siapa Hos Misteri Yang Bakal Menemani Nabil Ahmad & Jihan Muse?
5 Video Huda Kattan Yang Boleh Dijadikan Inspirasi Kala Bersolek