Berita Cantik Minggu Ini: Laneige Perkenal Koleksi Edisi Terhad

Semakin hari semakin banyak produk baharu menjengah pasaran kecantikan dan saya antara yang menjadi rambang mata melihat produk-produk ini. Antara yang terbaik boleh kamu cuba ialah koleksi edisi terhad terbaru daripada Laneige ini. Hendak tahu apa? Jom baca!

Laneige Perkenal Koleksi Edisi Terhad

Bersempena dengan kempen #ThirstForLife tahun ini, Laneige turut melancarkan koleksi edisi terhad untuk dua produk popularnya Laneige Water Bank Hydro Essence dan Water Bank Hydro Cream. Bukan sekadar produknya yang dicipta edisi terhad, malah bungkusannya juga direka khas oleh pereka grafik kontemporari juga juru tipografi asal New York, Stefan Sagmeister. Dia turut bergabung bersama Jessica Walsh yang juga pereka grafik asal Amerika untuk mencipta seni di bungkusan produk edisi terhad ini.

Inspirasi di sebalik rekaan kotak itu adalah berdasarkan konsep “hidrasi” yang mana turut berkait dengan produk Laneige itu sendiri. Jadi disebabkan itu, kamu boleh nampak elemen serta rekaan holografik dan penggunaaan warna terang yang menggambarkan semangat individual yang tinggi serta memiliki sifat tenaga yang positif. Selain itu, ia juga haruslah selari dengan tema kempen ini.

Laneige

Tema ini juga sebenarnya diwujudkan bagi tujuan membuka mata masyarakat di mana mereka-mereka ini punya potensi untuk mengubah diri menjadi seseorang yang lebih baik. Jenama ini turut mahu mengajak orang ramai untuk mengambil cabaran untuk mengenali diri sendiri.

Buat kamu yang masih belum tahu, Laneige Water Bank Hydro Essence ini esen yang membantu membina kembali lembapan yang hilang di bawah kulit. Ia mampu meningkatkan lagi kekuatan kulit. Manakala Laneige Water Bank Hydro Cream EX pula amat membantu dalam mengembalikan seri wajah dengan lempaban optima. Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi Air Mineral Hijau yang membantu meningkatkan lagi lembapan kulit wajah serta bertindak sebagai penghalang kulit dan mampu bertahan sehingga 24 jam lamanya. Lalu, dengan penggunaan dua produk ini, kamu akan dapat saksikan betapa lembut, mulus dan menyegarkan sepanjang hari.

Laneige

Tidak seperti tahun lalu, roadshow mereka untuk tahun ini terpasa dibatalkan disebabkan pandemik. Namun usah risau, produk ini masih dijual dan kamu dapatkan di kaunter Laneige terdekat pada harga RM190/70ml untuk produk Laneige Water Bank Hydro Essence manakala Laneige Water Bank Hydro Cream EX pula dijual pada harga RM155/50ml.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
K-Drama Kontroversi, Backstreet Rookie, Bakal Ditayang di Malaysia!
Berita Cantik Minggu Ini: Laneige Perkenal Koleksi Edisi Terhad