Kami Kongsi Cara Sebenar Basuh Berus Solekan Dengan Betul

Ramai tahu bersolek, namun tidak ramai yang tahu mencuci berus solekan mereka. Ada yang keliru, bila mereka harus mencuci berus mereka. Saya pernah bertanya teman saya yang juga seorang jurusolek profesional. Mereka akan mencuci berus setiap kali mereka gunakan pada wajah pelanggan mereka. Kalau kita, jenuh hendak membasuhnya setiap hari. Namun, itulah sebenarnya yang terbaik. Sedarlah wahai teman-teman, jika kamu tidak rajin, bayangkan sahaja bakteria dan kuman yang terkandung pada berus kamu itu. Jangan salahkan tekanan atau pemakanan yang menjadi punca kulit kamu rosak, padahal inilah puncanya. Buat kamu yang tidak tahu, mari saya kongsikan cara basuh berus solekan kamu dengan betul.

1- Lalukan air pada berus bukan rendam

Kalau kamu asyik mengeluh mengapa berus kamu tidak tahan lama, gamnya mudah lunturlah apa lah. Ini kerana cara kamu cuci berus solekan kamu itu. Jangan direndam, sebetulnya lalukan sahaja air ke hujung berus kamu yang berbulu itu. Dan basuhlah menggunakan air bersuhu bilik. Jika kamu menggunakan air suam atau panas secara kerap juga boleh menyebabkan gam berus kamu menjadi longgar.

2- Jangan gunakan pengering rambut untuk keringkan berus kamu

Cara yang betul, lap menggunakan tuala kering sehingga ia menjadi sedikit lembap. Kemudian biarkan ia kering secara semula jadi. Hamparkan di atas tuala kamu itu tadi, dan biarkan selama beberapa jam. Seperti rambut kita juga, bayangkan jika terlalu kerap menggunakan pengering rambut, apa yang akan terjadi pada helaian rambut kita? Hmm, fikir-fikirkan.

3- Gunakan alat yang betul untuk mencuci berus

Kini terdapat pelbagai jenis pencuci serta alat pencuci yang boleh kamu gunakan untuk membasuh berus solekan kamu. Daripada pencuci jenis cecair, mat silikon serta sarung tangan, semuanya dicipta untuk memudahkan kamu. Jika kamu masih buntu, lihat pilihan kami di bawah ini!

Cara Sebenar Basuh Berus Solekan

Sephora Exclusive Artis Brush Premier Brush Cleaning Pad RM263

Cara Sebenar Basuh Berus Solekan

Sigma Beauty SigMagic Scrub Brush Cleaner RM76

Cara Sebenar Basuh Berus Solekan

Sigma Beauty 2X Sigma Spa® Brush Cleaning Glove – Pink RM161

Cara Sebenar Basuh Berus Solekan

BEAUTYBLENDER Liquid BlenderCleanser RM56Cara Sebenar Basuh Berus Solekan

Sephora Collection Solid Brush Cleaner RM55

Lepas ini, sudah tiada alasan untuk kamu malas mencuci berus solekan kamu ya, teman-teman.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Mesej Rekaan Thom Browne Untuk Billy Porter & Gaya AMA 2019 Siapa Lagi Kami Suka?
Kami Kongsi Cara Sebenar Basuh Berus Solekan Dengan Betul