#IdolaCantikSTAIL : Borak Santai Bersama Ummi Nasir

1. Boleh ceritakan serba-sedikit tentang diri kamu?

Hai saya Ummi Nasir, sudah hampir 5-6 tahun (hingga kini) berkerjaya sebagai seorang jurusolek profesional. Saya juga seorang content creator, salah satu kerjaya yang amat saya cintai di mana saya berpeluang mencuba segala produk penjagaan wajah serta kosmetik kemudian kongsikannya di laman sosial media melalui reviu ikhlas dan tutorial oleh saya. Kalau kamu hendak tahu juga, sebelum saya bekerja serbagai jurusolek profesional, saya pernah berkerja sebagai seorang jurutera (memiliki ijazah sarjana Kejuruteraan Media Komputer dari Universiti Yamanashi di Jepun). Jadi ini membolehkan saya berbahasa dalam tiga jenis bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Oh ya, tidak lupa, saya juga seorang ibu kepada anak manja saya Maisarah yang berusia 8 tahun.

Ummi Nasir

2. Dengan semua situasi seperti pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), normal baharu, Ramadan di rumah, kesemuanya… boleh kamu kongsikan perasaan kamu ketika ini dengan keadaan dunia tika ini?

Pada mulanya saya ada lah juga menghadapi tekanan kerana harus duduk rumah sepanjang masa. I used to be very busy with makeup and makeup classes. Namun selepas dua minggu pertama PKP, saya membuat keputusan untuk memulakan kelas mekap secara virtual. Dan saya jadi gembira sekali kerana ramai pengikut saya yang mendaftar untuk kelas saya ini. Alhamdulillah.

Ummi Nasir

Selain itu, saya cuba untuk membuatkan diri saya sibuk di rumah. Saya banyak menghabiskan masa belajar resepi baru, memikir content untuk laman media sosial saya, luangkan masa mengajar Maisarah dengan kerja-kerja sekolahnya. You know, just to keep myself busy. Akan tetapi, sesungguhnya memang saya rindu untuk keluar dan menyolek wajah seperti dahulu. Really can’t wait to go back to work!

3. Sebagai jurusolek profesional, bagaimana segala ini memberi impak pada diri kamu?

Secara betulnya saya agak gusar dengan masa depan. Seperti yang kita semua tahu, mekap ini ialah contact-to-contact. Dan dengan pandemik yang melanda dunia ini, saya sendiri masih tidak tahu jika pelanggan (untuk majlis kahwin atau events) akan masih menggunakan khidmat jurusolek seperti kami ini. Apapun, untuk tahun 2020 ini, saya sudahpun memberitahu diri saya sendiri, tahun ini adalah tahun untuk mod survival. Maknanya, kamu perlu berjimat-cermat daripada segi perbelanjaan serta harus tahu apa plan kamu selepas ini.

4. Apa yang kamu paling syukuri ketika ini setiap kali bangun pagi?

Saya punya keluarga saya, ada makanan untuk dijamah, rumah yang indah untuk saya tinggal. That’s all that matters!

5. Memandangkan kita sudah lebih sebulan duduk rumah, ada sebarang skil baru yang kamu sedar ada dalam diri kamu yang selama ini mungkin kamu tidak perasan?

YES! I actually can cook! Percayalah saya seorang yang langsung tidak pandai masak sebelum PKP berlangsung. Like really bad! Haha. Akan tetapi, sekarang ini, memandangkan saya ada banyak masa terluang, inilah masanya untuk saya betul-betul belajar memasak. Saya bertanyakan resepi daripada teman-teman juga keluarga, dan mereka juga sangat membantu. Tapi ya lah, ada masakan saya yang menjadi, dan kadang-kadang ada yang fail! Haha! But, it is all about learning, right?

6. Baiklah, jom borak tentang kecantikan. Boleh kamu kongsikan rutin penjagan wajah kamu sepanjang duduk rumah ini?

Saya memang mengambil serius tentang hal penjagaan wajah. Haha. Sebelah pagi saya akan hanya cuci wajah saya dengan air sejuk. Kemudian, selepas selesai mandi, saya akan layangkan esen daripada Lancome, B Firma Drunk Elephant Serum & Vitamin C Drunk Elephant. I really love how it tighten up and firm my skin. Terakhir sekali, saya akan sarungkan pelindung sinar!

Manakala rutin sebelah malam pula, saya akan pastikan wajah dicuci dengan Shu Uemura Cleansing Oil (jika saya sarung mekap pada hari itu) bersama pencuci wajah Drunk Elephant. Kemudian sapukan Rose Toner daripada Fresh. Saya akan pastikan wajah di skrub sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu. Dan saya juga baru sahaja menerima alat peranti wajah daripada FOREO yang diberi nama BEAR, saya juga tidak lepaskan peluang untuk menggunakannya dalam rutin malam saya. Terakhir sekali, saya akan layangkan serum. Selang sehari, saya akan tidur denga pupur di wajah.

7. Jika kamu tidak boleh hidup tanpa tiga produk wajah, apakah produk-produk itu?

Pencuci wajah, serum serta pelindung sinar!

Ummi Nasir

8. Apa yang kamu paling tidak sabar hendak lakukan selepas tamat tempoh PKPB/PKP ini?

Cafe hopping dan kembali bekerja! I miss doing makeup!

9. Makna Ramadan tahun ini bagi kamu?

Ramadan tahun ini saya bersyukur kerana dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Malah, tahun ini saya lebih banyak memasak juadah berbuka untuk mereka. Sebelum ini kami jarang berbuka, lebih banyak berbuka di rumah ibu bapa saya dan take aways sahaja. Dan paling penting, waktu ini jugalah saya bersyukur sekali kerana diberi banyak masa untuk membaca dan beribadah di bulan yang mulia ini.

10. Sebelum kita akhirkan perbualan, ini highlight kepada sesi bual bicara kita hari ini. Bolehkah kamu kongsikan bersama kami foto situasi meja solek kamu? Mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pembaca STAIL dan wanita-wanita di luar sana!

Sudah tentu!

Kredit: Gambar oleh Ummi Nasir

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Betul Kata Mama Dulu, Boleh Je Hidup Sederhana
#IdolaCantikSTAIL : Borak Santai Bersama Ummi Nasir