Ingat! Duduk Rumah Pun Perlu Pakai Pelindung Sinar

Siapa kata kita tidak perlu pakai pelindung sinar jika berada dalam rumah? Sudah tentu kenyataan ini ialah satu kenyataan yang salah.  Walau di mana jua kita berada, rutin menyarung pelindung sinar ini amatlah penting. Tahukah kamu, cermin tingkap rumah kamu hanya mampu menghalang sinaran UVB, tetapi tidak sinaran UVA?

Pakai Pelindung Sinar

Jika kamu hendak tahu, perbezaan sinar UVA dan UVB, sila klik sini.

Saya ada terlihat di Instagram. Seorang teman saya hinggakan membuat undian di Instagram stories semata-mata ingin tahu perlu atau tidak dia memakai pelindung sinar di rumah lebih-lebih di waktu sekarang yang memerlukan kita semua duduk berkurung ini. Lega hati apabila ramai yang mengundi ya. Betapa pentingnya penggunaan pelindung sinar.

Namun, ramai yang merasa harus pakai kerana mereka terdedah kepada sinaran cahaya menerusi skrin komputer dan telefon. Betul. Namun tahukah kamu juga, bahawa sinaran UVA daripada matahari sendiri masih boleh menembusi cermin tingkap rumah kamu?

Sinaran UVA ini amatlah berbahaya kerana ia lebih meresap jauh ke dalam kulit dan mampu mengakibatkan kulit menua. Antara kesannya ialah seperti bintik hitam, kedutan serta kulit kasar. Bukan itu sahaja, sinar UVA ini juga boleh menjadi penyebab kepada kanser kulit.

Oleh itu, jangan abaikan pemakaian pelindung sinar ini lebih-lebih lagi buat kamu yang suka sangat berswa-foto di tepi tingkap, konon-konon hendak “menangkap” sinar matahari yang cantik itu.

Ada yang bertanya jika duduk di rumah juga harus menyarung pelindung sinar sekerap yang boleh. Jawapan saya, ya. Sapukan setiap dua jam. Lebih senang bukan? Ini kerana kamu berada di rumah dan tidak menyarung apa-apa mekap, jadi lebih mudah untuk kamu fokus hanya pada pemakaian pelindung sinar ini.

Ingat, mungkin kamu rasa seperti remeh, namun, langkah ini adalah langkah terpenting sekali. Ini adalah sebenarnya langkah pertama untuk kamu menjaga baik kulit wajah kamu. Bukannya cleanser, toner dan pelembap. Ingat!

Kamu tidak mahu menyesal di hari tua nanti, bukan?

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
COVID-19: Huda Beauty Beri Sumbangan Buat Jurusolek Bebas
Ingat! Duduk Rumah Pun Perlu Pakai Pelindung Sinar