Ini Tip Cantik Raya Untuk Bangkitkan Lagi Mood Raya Tahun Ini

Pastinya tahun ini sedikit lain berbanding tahun-tahun sebelum ini. Jika sebelumnya, waktu-waktu sebegini kita sudah sibuk berkemas hendak pulang ke kampung bertemu ibu dan ayah serta kaum keluarga besar yang lain. Kali ini, tidak. Disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda secara berleluasa, satu dunia terkesan. Satu dunia juga kini harus membiasakan diri dengan gaya hidup normal baharu ini. Walau apapun, ini tidak menghalang kita semua untuk menyambut Raya. Saya lihat ramai yang masih sakan membeli baju, tudung juga kasut raya. Dan ada juga yang langsung tiada mood untuk beraya kerana tidak bersama keluarga. Apapun, Syawal pertama harus dirai. Kembalikan mood Raya dengan tip cantik Raya daripada kami yang boleh kamu cuba.

Tip Cantik Raya

1) Sarung Bedak Asas Ikut Keselesaan

Memandangkan tahun ini tiada sesi kunjung-mengunjung, maka tidak akan adalah muka berminyak mahupun solekan comot akibat peluh melampau. Kebanyakan masa kamu akan berada di dalam rumah sendiri. Jadi, sarung bedak asas yang selesa dan nampak cantik di muka kamu. Sama ada jenis kusyen kompak, bedak asas litupan penuh atau sekadar menggunakan bedak kompak. Jika dahulu, selagi boleh elak bedak tebal kerana risau berpeluh dan kemudian berminyak lalu tidak selesa kerana asyik perlu touch-up saat berkunjung dari rumah ke rumah. Kali ini, tidak payah. Paling tidak pun kamu ke dapur untuk basuh pinggan sendiri sahaja.

2) Prep wajah Seperti Ingin Menyambut Hari Istimewa

Siapa kata Syawal pertama tidak istimewa seperti hari-hari special kamu yang lain? Jika kamu benar-benar menghayati Ramadan, pasti kamu akan rasa kelainannya saat tiba Syawal pertama ini. Untuk menambahkan lagi keterujaan itu, saya cadangkan pada malam sebelum, kamu ekstrakan rutin penjagaan wajah kamu. Skrub wajah dan badan, lulurkan pupur malam, sapu salap bibir dan tidur awal. Esok pagi, wajah kamu pasti akan terasa segar yang lain macam. Bahkan solekan yang bakal kamu layangkan pada wajah juga akan terasa lainnya. Ini kerana, kamu telah prep wajah sehari awal. Cubalah!

3) Kenakan Gincu Bibir Rona Terang

Jika sebelum ini kamu selesa dengan solekan bibir rona nude, apa kata kali ini kamu cuba sesuatu yang lebih terang. Seperti rona merah ataupun fuschia. Ini boleh membangkitkan lagi mood raya gaya normal baharu ini. Jangan takut untuk gayakan rona merah. Mungkin ada antara kamu yang rasa merah buat wajah tampak garang ataupun matang. Tidak. Jika kamu tahu pilih rona merah yang sesuai mengikut tona kulit kamu. Jika masih lagi tidak yakin, sarungkan rona fuschia yang sudah tentu-tentu buat kamu tampak muda, fun dan sweet!

 

Apa tunggu lagi, masih sempat lagi untuk kamu kembalikan mood Raya kamu itu. Walau apapun, pastikan sambutan Raya kamu nanti setara dengan S.O.P yang telah ditetapkan kerajaan ya. Jangan ingkar, nanti bahananya kamu yang tanggung. Dan pastikan sambutan Raya tahun ini sama hype seperti tahun-tahun sebelum ini, dan pastikan ia masih bermakna buat kita semua. Bagaimana caranya? OOTD lah banyak-banyak nanti dan kongsikan dengan kami semua!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Pinko & Lucia Heffernan Bergabung Lagi & Mengapa Kali Ini Lebih Istimewa?
Ini Tip Cantik Raya Untuk Bangkitkan Lagi Mood Raya Tahun Ini