Inilah Rupanya Rahsia Cantik Wanita Korea Amalkan Sejak Kecil

Trend K-Beauty ini sebenarnya masih belum berakhir. Lihatlah bagaimana jenama-jenama kosmetik dan penjagaan wajah mereka senantiasa berpusu-pusu menghasilkan produk terbaharu. Tapi tahukah kamu, wanita Korea sebenarnya sudah diajar untuk menjaga kulit wajah dan kecantikan diri semenjak dari kecil lagi? Diajar oleh ibu dan nenek mereka tentang aturan dan teknik bukan sekadar menggunakan produk kecantikan itu secara begitu sahaja. Mari saya bawa kamu mendalami rahsia cantik wanita Korea untuk kulit wajah mulus dan berseri.

rahsia cantik wanita Korea

1- 7-Skin Method

Wanita Korea percaya pada magis sesebuah esen. Oleh itu, mereka ini wajib ada langkah menyapu esen pada wajah dalam setiap rutin kecantikan mereka. Untuk pengetahuan semua, esen ini sebenarnya bukanlah dicipta daripada formula yang kasar malah ia dilengkapi dengan nutrisi yang banyak agar kulit kekal terhidrat. Maka tidak hairanlah jika kamu dengar mereka melayang esen ini pada wajah sebanyak tujuh lapisan berturut-turut untuk memastikan lembapan berganda-ganda pada kulit wajah.

2- Teh Barli

Jika kamu ke Korea, kamu pasti akan terserempak dengan menu teh barli ini. Rasanya seperti kekacang, ini kerana buah barli itu telah dipanggang dan kemudian disemai sebagai teh. Teh barli ini minuman kecantikan dan oleh kerana itu, teh ini sering dihidang kepada anak-anak semenjak dari kecil lagi. Teh barli ini dikatakan kaya dengan anti oksida dan baik untuk merawat peredaran darah. Ada yang berkata teh ini mampu menurunkan berat badan.

3- Sental Sel Kulit Mati dengan Tuala Wajah yang Direndam Air Panas

Ini pengakuan daripada seorang wanita Korea sendiri yang melihat neneknya (berumur 70 tahun) tidak mempunyai sebarang kedutan. Rahsia neneknya ialah menggunakan tuala wajah murah dan kemudian urutkan (exfoliate) dua kali sehari dengan teknik urutan ke atas dan kemudian membuat pusingan membulat. Kamu juga boleh amalkan tip ini mulai hari ini!

4- Latih Regang Mulut

Antara salah-satu lagi tip cantik daripada wanita-wanita Korea ialah dengan melatih mulut untuk menyebut A-E-I-O-U. Sebutkan secara β€˜over’ dan pastikan mulut dibuka luas. Lakukan sebanyak tiga kali sehari. Hendak tahu apa kaitannya dengan kecantikan? Wanita Korea percaya teknik ini mampu memperbaiki sirkulasi darah sekali gus mencerahkan lagi kulit wajah kamu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kesuma Jiwa, Persandingan Fesyen & Muzik Rizalman Ibrahim for Zalora
Inilah Rupanya Rahsia Cantik Wanita Korea Amalkan Sejak Kecil