JLo di Super Bowl 2020, Kami Bingung Mengapa Dia Tidak Berpeluh?

Baru-baru ini saya dan barisan editor STAIL.MY yang lain duduk bersama menonton kembali persembahan Shakira dan JLo di Super Bowl 2020 di office. Saya boleh catit kembali bagaimana reaksi mereka-mereka ini menonton. Terdiam kerana begitu mengagumi energi yang diberikan dua wanita ini. Salah seorang daripada mereka bertanya kepada saya, “Aksi 15 minit dengan tarian yang begitu rancak itu, mana pergi peluh-peluh JLo? Langsung tidak terlihat!” Tidaklah saya terkejut, kerana saya tahu antara trik-trik artis ini untuk langsung tidak berpeluh baik di muka dan tubuh.

Aksi 15 minit dengan tarian yang begitu rancak itu, mana pergi peluh-peluh JLo? Langsung tidak terlihat!

Sebenarnya banyak trik selebriti baik internasional mahupun lokal jika tidak mahu kelihatan terlalu ‘basah’ di atas pentas. Namun juga bukannya semua selebriti ambil kisah tentang ini. Ada yang tidak kisah jika mereka lencun di atas pentas terutama sekali selebriti lelaki (peluh jantan itu yang mahal). Berdasarkan satu kisah yang dibongkar seorang idola daripada grup perempuan Korea Selatan, ada beberapa tip untuk selebriti elak daripada berpeluh berlebihan.

Antaranya, menggunakan deodoran aluminium chloride. Katanya mudah didapati di mana-mana bukan sahaja di Korea dan memang digunakan oleh sebilangan artis Korea. Dan dikatakan deodoran jenis ini mampu menghalang peluh daripada keluar sekurang-kurangnya untuk berbelas jam lamanya. Jadi mereka akan pakai pada sebelah malam sebelum tidur. Mereka ini lagilah setiap minggu punya acara pentas dan persembahan mereka juga bukan calang-calang, memang akan berpeluh setiap masa. Aluminium seperti yang kita tahu sememangnya berbahaya untuk kulit, jadi jangan pula kamu di luar sana sibuk hendak mencari deodoran ini.

Selain itu, botoks bawah lengan (ketiak) untuk menghilangkan peluh adalah antara botoks popular di kalangan selebriti mahupun orang biasa. Bukan sahaja di Korea, malah secara globalnya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang memiliki penyakit hiperhidrosis, berpeluh secara berlebihan. Ada yang menggunakan botoks ini dengan tujuan kosmetik dan juga klinikal. Dan ada juga botoks yang dicucuk pada bahagian wajah tertentu untuk tujuan menghilangkan peluh berlebihan pada dahi dan kepala.

Jadi, kamu rasa adakah JLo menggunakan salah satu rawatan ini ataupun sememangnya dia Queen of Stage yang memang menjaga kesihatan dan tubuh badan serta tahu mengawal pemakanan yang mampu mendorong kepada masalah-masalah dalaman seperti peluh berlebihan ini?

Apa kata kamu?

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#LatinaPower Super Bowl 2020: Saksikan Shakira & JLo Berlawan Gerudi Punggung!
JLo di Super Bowl 2020, Kami Bingung Mengapa Dia Tidak Berpeluh?