Kami Kongsi 4 Tweezer Terbaik dan Tip Guna Dengan Betul

Walaupun arahan perintah kawalan pergerakan kini semakin longgar namun seperti kita semua tahu, virus Corona ini secara realitinya belum pulih seratus-peratus. Kerajaan turut mengumumkan pusat kecantikan kesemuanya sudah boleh kembali beroperasi. Sesungguhnya saya juga cukup teruja sekali dengan pengumuman itu. Bulu kening yang sebelum ini serabut, kini boleh kembali cantik jika saya dapat melawat salun kecantikan nanti! Namun, tahukah kamu, sebenarnya masih ada antara kita yang takut dan ragu-ragu untuk keluar rumah dek kerana penangan Corona ini? Jadi, memandangkan saya sudah bercakap tentang isu bulu kening tadi, apa kata untuk kamu yang tidak mahu melawat salun kecantikan, saya kongsikan 4 tweezer terbaik serta tip menggunakannya dengan betul.

  • Jika kamu tidak pasti bahagian mana yang hendak dicabut bulunya, saya sarankan kamu lukis bentuk kening idaman kamu dahulu pada kening kamu itu. Tentukan bagaimana bentuk lengkungan yang kamu mahukan. Apabila sudah lukis garis outline, maka bulu-bulu kening yang berada di luar garis lukisan kamu itu bolehlah kamu cabut dengan senang hati tanpa rasa ragu-ragu lagi.
  • Hendak hasil yang lebih baik, cabut bulu kening kamu sebaik sahaja kamu selesai mandi air panas. Ketika itu, liang pori kamu sedang lagi terbuka. Apabila liang pori terbuka, maka semakin mudahlah untuk bulu-bulu kening kamu itu dicabut.
  • Ingat, apabila hendak cabut bulu kening menggunakan tweezer, jangan sesekali sapu apa-apa di permukaan kulit kamu itu. Pastikan kamu lakukan ia di atas kulit kering dan bersih. Bukan apa, ini lebih memudahkan kamu, malah bulu akan lebih senang untuk ditarik.
  • Untuk pastikan tweezer kamu tahan lama dan tidak lari penjajarannya untuk kegunaan akan datang, pastikan selepas guna kamu sarungkan penutup pada penghujung tweezer kamu. Selain itu, jangan kepit terlalu kuat saat kamu mencabut kening, ia juga boleh membuatkan tweezer kamu hilang penjajarannya. Elakkan daripada terjatuh, ini juga boleh menyebabkan tweezer kamu cepat rosak!

4 Tweezer Terbaik Boleh Kamu Dapati di Sephora

Velour Lashes Velour Too Easy Lash Applicator RM94

Benefit Cosmetics Brow Grooming Tweezer & Brush RM105

Tweezerman Alluring Eyes Gift Set RM191

Sephora Collection Brow Defining Set RM62

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Mengapa Bibir Saya Gatal-Gatal? Apakah Puncanya?
Kami Kongsi 4 Tweezer Terbaik dan Tip Guna Dengan Betul