Kami Terhibur dengan #TinyFaceMakeupChallenge Yang Tular di Internet

Memandangkan kita kini hidup di dalam normal baharu, pelitup hidung seperti sudah seakan teman baik kita hari ini. Untuk wanita di luar sana yang gemar bermekap, pastinya rasa rindu untuk menyarug gincu bibir apabila keluar. Boleh sarung, tetapi memandangkan mulut ditutup, tiada siapa pun yang akan nampak gincu bibir kamu itu. Jadi, baru-baru ini seorang jurusolek bernama Jaime French muncul dengan idea yang mencuit hati masyarakat seluruh dunia. Sehingga ke hari ini kami masih lagi terhibur dengan #TinyFaceMakeupChallenge yang diperkenalkan wanita ini. Katanya tidak lagi perlu risau, walaupun memakai pelitup hidung, masih boleh tampil bermekap penuh.

#TinyFaceMakeupChallenge

Walaupun kelakar, pada kami idea ini cukup kreatif, efek solekannya benar-benar menjadi. Apa yang French lakukan ialah hanya melakar hidung dan mulut yang lebih kecil. Kedua-dua ini dilakar di bahagian hidung sahaja. Manakala mata disolek seperti biasa. Seperti yang dilihat, French juga banyak bermain dengan bayang dan highlight pada wajah untuk memastikan ilusi wajah kecil tampak lebih ‘real’.

View this post on Instagram

Tag an MUA who should try this! 😂 **Update** As I’ve stated over and over, I saw this makeup illusion on TIKTOK but after quite a debacle and about 409 different accusations it has now been brought to my attention that the first person to bring this illusion to social media was actually @annalingis in 2014 when she did a Yoda transformation and then again in 2017 when she turned herself into Chucky 👏🏻👏🏻 so if you want to see real talented artists check her out! 😜#makeup #bored #tinyfacemakeupchallenge #quarantinemakeup @sigmabeauty brushes, @lorealparis lumi foundation, @tartecosmetics shape tape, @makeupgeekcosmetics “so pale” eyeshadow and “Nicole” lashes, @purcosmetics bronzer, eyeliner, and mascara 💄@anastasiabeverlyhills liquid lipstick in “Saraphine” #purcosmetics #sigmabeauty #makeupgeek #lorealparis #tartecosmetics

A post shared by Jaime French (@jaime.french) on

Di dalam kapsyennya di Instagram, French ada menyebut inspirasi dia mencipta solekan ini pada asalnya adalah apabila dia melihat trend ilusi mekap ini di TikTok. Namun ada netizen yang memperdebatkan bahawa ini bukanlah idea asal French, malah solekan ini sudahpun dipopularkan oleh seorang jurusolek bernama Anna Lingis pada 2014 yang ketika itu mencuba solekan transformasi karakter Yoda. Dan sekali lagi pada 2017, Lingis mencipta solekan transformasi dari trend yang sama. French langsung setuju dan tidak membantah sama sekali menerusi kapsyennya itu.

Sesungguhnya video tutorial tersebut mendapat perhatian hampir 1.5 juta penonton dan tidak kurang ada yang cuba serta mengikuti cabaran ini. Jom lihat beberapa lagi hasil kreatif jurusolek-jurusolek ini.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Resipi Selebriti Youmasak Set Lauk Raya Mudahkan Lebaran
Kami Terhibur dengan #TinyFaceMakeupChallenge Yang Tular di Internet