#STAILTIPS Punca & Cara Atasi Masalah Kulit Tangan Kering

Mungkin tidak semua mengalami masalah kulit tangan sebegini. Baru-baru ini saya bercuti bersama seorang teman, dan saya perhatikan keadaan tapak tangannya yang kadang-kala terlalu kering dan ada masanya terlalu lembap. Katanya ia berlaku mengikut cuaca yang tidak menentu. Jika waktu panas, kulit tangannya akan cepat lembap dan mudah berpeluh. Manakala jika terlalu sejuk juga boleh menyebabkan telapak tangannya mengering. Apa punca kulit tangan kering ini? Kadang-kadang itu ada yang sampai melecet kerana terlalu kering.

Kulit Tangan Kering

Udara Kering

Udara sekeliling yang kering atau memiliki kadar lembapan yang rendah sebenarnya dapat menghilangkan lembapan yang terkandung dalam kulit dengan mudah.

Air

Jika kamu terlalu kerap mencuci tangan atau suka membenamkan tangan di dalam air dalam waktu yang lama boleh cenderung untuk mengalami masalah kulit tangan kering ini. Ini kerana, air diangap mampu menghilangkan kelembapan kulit. Ini termasuk buat kamu yang suka sangat mandi lama-lama di dalam bilik air itu.

Bahan Kimia

Mereka yang bekerja dengan bahan kimia setiap hari ataupun suri rumah tangga yang kerap membersih rumah, pasti akan mengalami kulit tangan pecah-pecah. Bahan kimia ini sebenarnya amat berbahaya. Ia mampu merosakkan lapisan luar kulit tangan dan kemudian membuatkan jari dan telapak tangan mengering seterusnya luka-luka.

Sabun Mandi

Siapa kata sabun mandi tidak mampu membuatkan kulit tangan kamu mengering? Ada jenis-jenis sabun yang boleh menjadi punca. Sama seperti pencuci wajah. Sabun mandi yang jenis buku selalunya menghasilkan banyak buih. Dan sabun jenis ini yang sering membuatkan kulit menjadi cepat kering. Bukan sahaja sabun mandi, sabun tangan juga ada yang sebegitu.

Bagaimana pula cara untuk mengatasinya?

Pakai Sarung Tangan

Setiap kali kamu hendak membuat kerja rumah atau membasuh pinggan-mangkuk kotor di dapur, kami sarankan kamu pakai sarung tangan. Demi untuk menjaga kullit tangan kamu. Seperti kita tahu, tangan yang dibiar lama terkena air akan membuatkan kulit tangan kamu itu menjadi kering dengan cepat. Kamu tidak mahu, bukan?

Eksfoliasi Kulit Tangan Selalu

Bukan sekadar wajah, tangan dan tubuh badan juga harus disental selalu. Ia membantu menanggalkan sel-sel kulit mati langsung meninggalkan hasil kulit yang lebih sihat dan bersinar. Mungkin kamu selama ini tahu akan kepentingan skrub tubuh badan. Namun, selepas ini kamu sudah tahu bahagian tubuh mana yang memerlukan perhatian yang lebih.

Losen Tangan

Pastikan losen tangan sentiasa ada bersama kamu dan sapukan dengan kerap agar kulit tangan tidak mudah mengering. Jika kamu tidak sukakan losen tangan yang hadir dalam formula tebal, kamu boleh beralih kepada yang jenis gel seperti gel aloe vera. Lebih selesa dan menyerap ke dalam kulit dengan lebih cepat!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
To Do List 2020: 10 Perkara Positif Mesti Buat Tahun Ini
#STAILTIPS Punca & Cara Atasi Masalah Kulit Tangan Kering