Mengapa Bibir Saya Gatal-Gatal? Apakah Puncanya?

Sejak kebelakangan ini, bibir saya gatal-gatal sehingga menganggu kerja seharian saya. Walaupun tidak berada di tahap yang teruk, namun diri ini sering tertanya-tanya, apakah sebenarnya punca bibir gatal ini.

Bibir Saya Gatal-Gatal

Benar, sesetengah bibir gatal berpunca daripada tubuh badan yang kurang hidrasi. Ia membuatkan kulit bibir menjadi kering, kemudian mengelupas lalu gatal sehingga luka. Jika boleh elakkanlah daripada terjadi sampai begitu sekali. Walaupun nasihat ini sering diabaikan, namun kamu di luar sana seharusnya rajin minum air putih dengan banyak. Jika boleh 8 gelas sehari. Barulah seluruh tubuh tampil lebih bermaya, kulit wajah pun lebih berseri. Namun kamu harus ingat, berjumpalah doktor apabila bibir kamu sudah di tahap yang teruk seperti ruam kemerah-merahan sekitar bibir hingga merebak ke seluruh muka, berlaku pendarahan atau bibir jadi bengkak. Saya perasan, ramai yang ambil remeh tentang isu ini. Mereka fikir ini masalah ‘biasa’.

Masalah ‘biasa’ yang mereka rasa itu berkemungkinan berpunca daripada penyakit seperti lupus, kegatalan yang berlarutan lebih 6 minggu, masalah bulu yang tumbuh di dalam kulit, kekurangan nutrien atau juga sindrom Melkersson-Rosenthal (lumpuh muka namun jarang sekali berlaku).

Jadi, jangan lagi pandang remeh.

Selain itu, cuaca dan iklim yang panas juga menjadi antara salah satu faktor bibir menjadi gatal. Ini kerana kulit pada bahagian bibir ini tidak memiliki lapisan pelindung yang kuat. Oleh itu, bibir kamu mudah terasa iritasi dan menyebabkan kemerah-merahan dan keradangan. Disebabkan itu, bibir akan rasa gatal.

Walaupun kegatalan yang saya alami pada bibir ini tidaklah keterlaluan, saya masih berusaha untuk mencegah simptom bibir gatal semaksima yang boleh. Jadi, apa yang saya lakukan ialah pertama sekali harus melindung kulit dengan salap bibir. Pilihan saya, Drunk Elephant Lippe Balm, RM80. Salap bibir yang kaya dengan kombinasi daun teh hijau, vitamin C, peptida dan alga pakis laut. Dan yang paling penting, ia bebas daripada penggunaan minyak pati, silikon, haruman, gluten, SLS, alkohol yang mengeringkan serta pelindung kimia.

Elakkan daripada menjilat bibir. Kamu mungkin rasa, apabila kamu jilat bibir itu, akan membuatkan bibir kamu lembap. Sebenarnya tidak. Ia malah mengeringkan lagi bibir kamu itu. Ubah tabiat kamu itu. Dan harus diingat juga, kajian mendapati bernafas melalui mulut dan bukan hidung juga mampu membuatkan kulit bibir kamu menjadi lebih kering.

Jadi, buat kamu ] di luar sana yang mengalami bibir kering dan gatal-gatal, amalkan tip pencegahan kami ini!

Sumber: Healthline

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Blackpink Tampil Dengan Wajah Baharu Untuk Comeback Kali Ini!
Mengapa Bibir Saya Gatal-Gatal? Apakah Puncanya?