Modern Mullet is Back! Cubalah Kalau Berani

Tidak ada cara lebih feminin bagi menanggapi berita ini. Modern mullet is back!

Ya, gaya rambut yang sangat terkenal di era 80’an ini membuat kemunculan kembali dan tidak, saya tidak bercanda. Oh, tunggu dulu, jangan pergi dulu. Saya ada perkhabaran gembira. Gaya rambut ini tidaklah kembali 100% dengan bentuk asal tetapi diperkemas mengikut acuan zaman moden.

Modern Mullet is much cooler and way more low-key

Penata rambut selebriti dan pemilik Nine Zero One Salon, Riawna Capri, menggelar modern mullet sebagai ‘The Chillet’ atau ‘a chill mullet’.

“Ia mullet versi yang lebih dimodifikasi dan lebih fashion-forward,” katanya, sambil menambah bahawa kamu tidak perlu memotong atau mencukur bahagian tepi kepala sepenuhnya bagi meraih look ini.

“Definisi mullet ialah rambut yang pendek, di bahagian hadapan dan sisi, manakala panjang di bahagian belakang. Namun saya olah semula  rambut di bahagian belakang supaya tidaklah terlalu panjang berbanding rambut hadapan, tetapi ia masih miliki ilusi atau siluet mullet,” jelasnya.

Pertimbangkan untuk meminta penata rambut kamu untuk memotong bahagian hadapan rambutmu dengan gaya shag hybrid atau curtain bangs untuk ‘melembutkan’ paparan ranggi modern mullet ini. Atau bawa sahaja gambar contoh, misalnya, gaya terbaru Billie Eilish atau Miley Cyrus untuk paparan visual yang lebih jelas.

Pada akhirnya, jika tidak ada alasan lagi untuk kamu mencuba modern mullet ini, ingatlah, potongan gaya rambut unik ini adalah untuk mereka yang YAKIN dan BERANI. Mereka yang berani melangkah ke luar norma gaya rambut konvensional.

Start your 2020 with a bang!

Billie Eilish Modern Mullet

Myley Cyrus Modern Mullet

Halsey Modern Mullet

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Menang #GoldenGlobe, Parasite ‘Jangkiti’ Hollywood!
Modern Mullet is Back! Cubalah Kalau Berani