Peter Philips Kongsi Inspirasi Di Sebalik Solekan di Pentas Dior Men Musim Luruh 2020

Di sebalik pentas yang gah bersama barisan selebriti kelas pertama yang menghadiri pertunjukan pentas Dior Men Musim Luruh 2020 kali ini, hanya satu perkara yang tidak terlintas di fikiran kita semua iaitu apabila barisan modelnya diberi solekan bold di muka. Memang hari ini kita sudah biasa melihat lelaki bersolek, namun tidak semua pereka berani menyolek modelnya seberani yang kita telah saksikan di pentas Dior Isnin lalu. Pentas Dior Men Musim Luruh 2020

Gambar: Dior

Dengan mainan rona hijau limau yang dilayangkan pada bahagian mata, kata Peter Philips, Pengarah Kreatif Mekap Dior, ini semua adalah hasil inspirasi Blade Runner bertemu DayGlow. Dan dalam masa sama Philips berkongsi,

Saya cuba untuk menyempurnakan visi pereka. Dan saya tidak akan mengubah sesuatu pentas itu kepada pertunjukan mekap.”

Namun, siapa yang tidak tahu akan kredibiliti yang dimiliki Philips, bahkan Pereka dan Pengarah Seni Dior Men, Kim Jones, sendiri sudah mengenali Philips sejak dua dekad yang lalu. Sudah pasti mereka berdua ini serasi dan saling memahami antara satu sama lain.

Pentas Dior Men Musim Luruh 2020

Gambar: Jake Rosenberg

Menerusi solekan mata pada model ini yang boleh kita katakan seperti solekan layangan cat secara rambang ini, kata Philips, ia berinspirasikan daripada satu karakter,


“Inspirasi saya ialah Daryl Hannah dengan sedikit twist.”

Watak di dalam Blade Runner yang menampilkan Hannah dengan solekan mata hitam. Namun, tambah Philips lagi, hasil solekan pada model ini tidak semestinya harus mencipta aura yang mengghairahkan pada yang melihat. Sebenarnya, lebih kepada ingin menyampaikan mesej,

Pentas Dior Men Musim Luruh 2020

Gambar: Dior

Ia tidak semestinya perlu membangkitkan keghairahan, ia lebih kepada mahu menunjukkan imej ‘kacau’ dan provokatif.”

Seperti yang dilihat menerusi koleksi Jones dengan paduan pelik menerusi mainan warna dengan elemen grafiti pastel dan sebagainya. Menggunakan mesin popular, Temptu Airbrush System, untuk disemburkan rona hijau limau ini pada wajah model, kerana pada Philips mesin airbrush ini sesuai digunakan pada mereka yang ingin menyembur permukaan yang kecil. Dia mengadunkan rona biru, hijau, kuning dan putih untuk mencipta rona hijau limau neon ini.

Sempat lagi Philips berkongsi sedikit teaser tentang pertunjukan pentas Januari ini,

“Untuk pentas Januari ini, kami bercadang untuk melakukan solekan yang lebih ekstrem. Dan saya rasakan lelaki dan juga wanita mungkin akan terinspirasi daripada idea ini. Ialebih kepada cara kita mengekspresikan diri sendiri dan bergembira menerusi solekan.”

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Takkan Nabil Tak Tahu Neelofa Berhenti MeleTOP
Peter Philips Kongsi Inspirasi Di Sebalik Solekan di Pentas Dior Men Musim Luruh 2020