Produk Pilihan Pengarang Kecantikan Kami Untuk Bulan Ini

Sudah bersiap-sedia untuk mengemas kini meja solek kamu? Usah tunggu lagi, inilah barisan produk pilihan pengarang kecantikan kami untuk bulan ini yang harus kamu miliki.

Produk Pilihan Pengarang Kecantikan

Urban Decay WIRED Palette RM195

The future is bright! Ini pilihan saya untuk bulan ini. Usah takut untuk mengenakan pembayang mata rona terang untuk solekan harian kamu. Dan palet mata terbaru daripada Urban Decay ini antara palet terbaik harus kamu miliki. Diformulasikan menggunakan teknologi tinggi, 10 rona neon terang ini bukan sahaja memiliki kadar pigmen yang tinggi, malah ia mudah diadun dan buildable. Ingat, solekan rona neon ini tidak semestinya digayakan hanya apabila kamu hendak ke acara parti sahaja, kamu sebenarnya boleh layangkan pada siang hari.

Produk Pilihan Pengarang Kecantikan

Chanel Chance Crayons de Parfum Limited Edition RM325 (1.2g x 4)

Sesuai buat kamu yang suka mengembara, Chanel tahun ini melancarkan haruman dalam bentuk pen memudahkan lagi percutian kamu. Bukan satu, tetapi empat haruman eksklusif dibukukan dalam bentuk ini. Empat haruman tersebut ialah Chance Eau Frâiche, Chance Eau Tendre, Chance Eau Vive dan Chance. Sarung sahaja haruman ini mengikut mood kamu. Jadi kamu tidak perlu bersusah-payah lagi membawa haruman botol besar untuk percutian kamu selepas ini!

Produk Pilihan Pengarang Kecantikan

Gucci Beauty Mascara L’Obscur RM148

Maskara mewah terbaru daripada Gucci Beauty ini sememangnya antara maskara yang harus kamu milliki bulan ini. Mengapa? Ia dicipta tahan lama sehingga 12 jam, dan diformulasikan dalam tekstur krim. Selesa dipakai dan langsung tidak mudah comot setelah dilayangkan pada bulu mata. Berus yang direka halus (tidak terlalu tebal) ini juga dicipta bagi memudahkan kamu untuk melayangkannya pada helaian bulu mata yang lebih pendek seperti di bahagian bawah dan hujung mata.

 Produk Pilihan Pengarang Kecantikan 

Melvita Nectar Blanc Brightening Shield RM148/30ml

Seperti yang semua orang pun tahu, sememangnya pelindung sinar amatlah penting dalam rutin kecantikan harian. Dan ramai masih belum berjumpa dengan pelindung sinar yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Saya sarankan kamu mencuba krim terbaru Melvita ini. Diformulasikan daripada ekstrak bunga lili yang diperkaya dengan minyak pelindung yang mampu mengekalkan keserian kulit wajah. Kemudian ia juga memiliki penapis mineral seperti titanium dan zinc yang membantu melindung kulit daripada sinaran matahari berlebihan yang boleh mengakibatkan bintik hitam dan jeragat muncul di wajah. Teksturnya ringan, mudah meresap dan langsung tidak meninggalkan kesan melekit pada wajah.

Produk Pilihan Pengarang Kecantikan

Ouai Texturizing Hair Spray RM114

Buat kamu yang tidak gemar mencuci rambut, tetapi tidak mahu rambut kelihatan terlalu berminyak, bolehlah cuba sembur rambut daripada Ouai ini. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai syampu kering, malah ia juga bertindak sebagai hairspray untuk gayaan rambut. Tekstur yang cukup ringan namun mampu mencipta volume dan tekstur rambut idaman. Diformulasikan daripada mineral semula jadi gunung berapi ini mampu menyerap minyak berlebihan daripada rambut dan kulit kepala kamu. Tip saya, semburkan pada sebelah malam sebelum kamu tidur dan kamu bakal lihat perbezaannya pada keesokan hari!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
5 Lagu Baru Mac: Dari Styles ke Swift, Wajib Kamu Dengar
Produk Pilihan Pengarang Kecantikan Kami Untuk Bulan Ini