Rihanna Bina Fenty Beauty TikTok House Untuk TikTokers!

Sebelum ini, kita pernah dengar TikTok Hype House yang popular dibina akhir tahun lalu oleh Thomas Petrou dan Chase Hudson yang kini menjadi antara content creator popular di Youtube dan Musical.ly (nama lama TikTok) sebelum ini. Hype House ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua TikTokers untuk mencipta content video terbaik dan berpeluang berkolaborasi sesama mereka di dalam rumah itu. Termasuklah Rihanna, mogul muzik dan kecantikan yang baru sahaja memperkenalkan Fenty Beauty TikTok House hujung minggu lalu, dan sudah tentu semua orang menjadi teruja mendengarnya!

Fenty Beauty TikTok House

Kita sedang lagi berdiri di dalam rumah rasmi pertama Fenty Beauty TikTok home.

Saya hanya mahu mencipta landasan untuk generasi content creators yang akan datang. I think our generation is the sickest, the illest, the most creative. Saya tidak mampu melakukan seorang diri, jadi saya mahu mengajak mereka yang berpengaruh di dunia, komuniti dan generasi saya, inilah rumah kamu.

Berbeza sedikit daripada Hype House, Fenty Beauty House ini lebih kepada memperkenalkan rangkaian kosmetik milik wanita ini. Apa yang boleh TikTokers lakukan di dalam rumah ini adalah masih berkonsepkan yang sama, berkolaborasi dan bersama-sama mencipta content. Namun produk, mekap yang terdapat di dalam rumah tersebut adalah bonus kepada mereka. Mereka boleh mencipta solekan epik menggunakan Fenty Beauty.

Siapa yang bakal tinggal di dalam Fenty Beauty House ini?

Rihanna telah mengumpulkan beberapa beauty influencers kegemarannya. Antaranya seperti Savannah Palacio, Emmy Combs, Dawn Morante dan ramai lagi. Tidak sabar hendak menonton hasil content daripada mereka yang menginap di rumah agam Fenty Beauty ini!

p/s: Sudah follow stail.my di TikTok? Kalau belum, follow kami sekarang!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Beg Tangan SS 2020 Untuk Bulan Mac Yang Lebih Stailish!
Rihanna Bina Fenty Beauty TikTok House Untuk TikTokers!