Sacheu, Youtuber Kecantikan Pilihan Kami Bulan Ini

Jika kamu tidak mengenali Sacheu atau nama sebenarnya Sarah Cheung, dia antara bintang Youtube yang semakin mendapat perhatian di dalam dunia digital hari ini. Dengan lebih daripada 140,000 pengikut, Sacheu yang berasal dari Hong Kong ini sering tampil dengan video-video kecantikan yang bukan sahaja terdiri daripada tip-tip bersolek, malah dia turut memberi input melalui reviu rawatan estetika yang pernah dicubanya. Dari rawatan sedut lemak sehinggalah ke rawatan microblading di rumah, Sacheu banyak mencuba rawatan yang belum tentu kita semua berani untuk lakukan.

Sacheu

Memetik kata-katanya daripada satu temu bual bersama The Klog sebelum ini, dia tidak akan sesekali mencuba surgeri plastik pada wajahnya dalam masa terdekat,

Itu adalah pilihan peribadi namun saya tidak akan cuba sebarang surgeri invasif sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun terdekat ini kerana saya fikir saya masih muda dan saya mungkin boleh trauma jika melakukannya sekarang. Saya tidak tahu. Never say never. Saya teringin juga untuk mencuba rawatan kecantikan yang lain daripada yang lain bila umur menginjak 50 tahun nanti.

Buat kamu yang belum mengenali Sarah atau Sacheu, bolehlah tonton 5 video kecantikan menarik pilihan kami ini!

Jika kamu tonton video tutorial microblading yang dilakukan Sacheu sendiri di rumah, ia telah menarik perhatian ramai orang malah ada yang tidak menyokong tindakan Sacheu (kami juga). Seeloknya, lakukannya di klinik-klinik estetika yang bertauliah. Sacheu juga setuju,

Ia adalah sesuatu yang tidak akan saya cadangkan pada pengikut saya kerana risikonya amat tinggi terutama sekali apabila saya ada haiwan peliharaan di rumah. Saya boleh senang-senang terkena infeksi. Namun, saya bersyukur kerana saya berjaya melakukannya dan suka akan hasilnya, akan tetapi ini bukanlah sesuatu yang ingin saya syorkan pada orang luar.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Penggayaan Artistik UNIQLO : Putih + Jean + 1 Warna, Inspirasi #STAILMyFreshFace 2020!
Sacheu, Youtuber Kecantikan Pilihan Kami Bulan Ini