#KarpetMerah Siapa Yang Paling Cantik di Anugerah SAG 2020?

Sememangnya acara karpet merah adalah yang paling saya nanti-nantikan. Dan memandangkan majlis anugerah SAG 2020 baru sahaja selesai berlangsung semalam dan antara majlis anugerah terakhir untuk musim anugerah tahun ini, pastinya saya jangkakan para selebriti yang hadir bakal mempamerkan busana, gaya rambut serta solekan yang lebih meriah berserta selitan pelbagai kejutan. Betulkah? Mari kita lihat senarai saya untuk selebriti yang hadir paling cantik di Anugerah SAG 2020 ini.

Chloe Coleman

Adakah dia bakal menjadi ikon stail di masa hadapan? Pelakon cilik berusia 11 tahun ini menarik perhatian kami di karpet merah. Coleman tampil dengan gaya rambut baby hair bersama kerinting ber volume yang cukup menambat hati kami. Kemudian dipadankan pula dengan aksesori pin rambut berbentuk bintang yang diperbuat daripada tatahan batu mutiara. Manis sekali.

Scarlett Johansson

SAG 2020

Saya tertarik dengan stail rambut moden yang digaya updo mimik jarum pengait. Kemas dan kena dengan keseluruhan penampilannya malam itu. Bicara tentang mekapnya pula yang senantiasa tampil on point itu, Johansson menyarung solekan glamor simple namun titik fokusnya sudah tentu pada bibir mungil wanita ini. Disarung gincu hangat adunan rona oren dan sedikit merah jambu, Johansson antara pemilik solekan  bibir paling seksi malam itu.

Millie Bobby Brown

SAG 2020

Seperti patung bergerak! Cantiknya Millie malam itu. Solekannya dilakar menggunakan produk-produk daripada jenama Millie sendiri iaitu Florence by Mills. Pada saya, Millie semakin matang dengan solekan glamor layangan mata smoky dan kemudian rambut dibiarkan lepas panjang mengurai.

Joey King

SAG 2020

Malam itu dia tampil berkonsepkan seperti adunan Black Swan juga black tie jika kamu perhati betul-betul. Namun, saya harus memberi pujian pada solekannya hasil ciptaan Allan Avendaño yang mencipta look smokey serta dark untuk Joey. Segalanya nampak on point, solekannya itu kena dengan gaya dandanan separa basah itu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#RoyalGossip Putera Harry dan Meghan Markle ‘Dibuang’ Istana? Apa Status Mereka? Ini Kronologinya
#KarpetMerah Siapa Yang Paling Cantik di Anugerah SAG 2020?