Siapa Selebriti Potong Rambut Sendiri Waktu PKP?

Selebriti Potong Rambut Sendiri
Maluma nampak segar selepas menggondolkan rambutnya sendiri dengan bantuan emaknya

Selebriti potong rambut sendiri waktu PKP? Ya, mereka tak perlu pun menggesa kerajaan membuka kedai-kedai gunting rambut kerana itu merbahaya dan boleh menyebarkan lagi wabak COVID19. Tapi kalau dah hati tak tahan sangat dengan rambut yang kian memanjang, bukan tak boleh pun potong sendiri. Kamu sendiri boleh membuatnya dan boleh pula meminta tolong sesiapa yang serumah dengan kamu untuk memotong bahagian yang kamu tak nampak.

Ikut sahaja seperti contoh-contoh yang ditunjukkan oleh selebirit-selebriit ini. Siapa selebriti potong rambut sendiri?

Gabriel Kane Day-Lewis

Dia meminta tolong bapanya Daniel Day-Lewis trim bahagian sisi rambutnya. Ya, bukan sahaja Daniel Day-Lewis pandai berlakon, menyanyi dan membetulkan kasut – dia juga pandai buat low-fade untuk rambut anaknya.

Maluma

Sweet sekali pabila ibu Maluma membantu anaknya mencukur rambutnya gondol setelah melihat kesukaran Maluma mencukur bahagian belakang kepalanya.

Cristiano Ronaldo

Untunglah kalau dapat bersama dengan girlfriend dalam tempoh PKP ini. Ronaldo meminta tolong girlfriend nya untuk membersihkan undercut rambutnya di belakang rumah.

View this post on Instagram

๐Ÿค

A post shared by tallulah (@buuski) on

Tallulah Willis

Nah, pakai baju tidur yang sama kemudian bapa tolong pula potong rambut anaknya. Hahahaha. Bruce dan Tallulah memiliki hubungan anak dan bapa paling cool di dunia.

Taika Waititi

Waititi menunjukkan contoh bagaimana bapa-bapa seluruh dunia yang perlu dikuarantin bersama anak mereka cuba untuk melalui fasa ini. Just have fun and penuhkan masa terluang.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Hana Tajima Apresiasi Terhadap Tubuh Dijulang, Menerusi Himpunan Terbaru Dengan UNIQLO
Siapa Selebriti Potong Rambut Sendiri Waktu PKP?