Seperti Alicia Keys, Kami Kongsi 4 Lagi Wajah Selebriti Tanpa Mekap

Bukan setiap masa selebriti ingin bersolek tebal. Mereka tahu bahawa kulit wajah juga perlu ruang untuk bernafas. Walaupun kita tahu di Hollywood itu punya banyak jurusolek kelas pertama seperti Hung Vanngo, Patrick Ta, Mario Dedivanovic, Gucci Westman dan ramai lagi yang pakar menyorok noda serta tahu mencipta seri pada wajah, ada kalanya mereka lebih senang untuk langsung tidak menyarung apa-apa dan tidak mempedulikan apa kata peminat di luar sana. Baru-baru ini di Anugerah Grammy, Alicia Keys membuktikan wajah bogel tanpa mekap juga bukanlah satu wajah karpet merah murahan. Walau tidak sedrastik Alicia Keys, ada beberapa lagi selebriti yang tampil berswafoto tanpa mekap.

Alicia Keys

Sejak 2016, Alicia sudah mengambil pendekatan ini. Segalanya bermula di set penggambaran album β€˜Here’ miliknya apabila jurufoto Paola menyuruhnya untuk mengambil gambar tanpa sebarang mekap. Kata Alicia, dia mula rasa bahawa look itu membuatkan dirinya nampak lebih berkeyakinan.

the strongest, most empowered, most free, and most honestly beautiful that I have ever felt.

Ini antara swafoto/foto selebriti yang tampil bare face membuatkan kita semua juga akan menjadi lebih yakin dengan wajah bogel tanpa harus melayang solekan tebal-tebal semata-mata mahu tampil flawless dan berseri.

Leighton Meester

View this post on Instagram

☝🏼

A post shared by Leighton Meester (@itsmeleighton) on

Lihat wajah flawless Meester, wanita cantik ini tahu bagaimana hendak menjaga kulitnya. Saya tidak tahu kenapa apabila tenung gambar ini, saya rasa seperti puas melihat kulit wajahnya. Apa agaknya rahsia kulit wajah glow nya itu!

Nathalie Emmanuel

Emmanuel juga tidak lokek untuk berkongsi foto dirinya tanpa solekan. Seperti dalam kapsyennya yang cukup yakin bersahaja, “This is my face“.

Jennifer Lopez

JLo juga berkongsi wajahnya tanpa solekan sebelum bersiap untuk acara karpet merah.

Adele

View this post on Instagram

Phoenix, AZ / Aug 16

A post shared by Adele (@adele) on

Masih ingat foto yang dimuat naik Adele beberapa tahun lalu? Kalau kamu tahu signatur solekan wanita ini sudah tentu pada solekan mata cat eye nya. Sekali-sekala tengok dia tanpa mekap, sungguh cantik.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
GF Ismail Izzani, Shalma Eliana Lebih Teruja Menyanyi Selepas Terjatuh Balkoni
Seperti Alicia Keys, Kami Kongsi 4 Lagi Wajah Selebriti Tanpa Mekap