Posted on January 22, 2020
Yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat kecantikan di sekitar Lembah Klang akhirnya kini menjadi kenyataan. Butik flagship Sephora yang terbesar di Malaysia kini telah dibuka di Fahrenheit88. Apa yang istimewanya tentang butik ini ialah di mana ia menawarkan portfolio barisan jenama serta beberapa perkhidmatan baharu yang menarik. Dan oleh kerana keluasannya lebih dari 17,000 kaki persegi, Sephora Fahrenheit88 ini menawarkan lebih daripada 100 jenama kecantikan yang boleh kamu jumpa di dalam butik ini.
Bukan itu sahaja, “The Largest Beauty Playground” milik Sephora Fahrenheit88 ini juga turut menyediakan perkhidmatan eksklusif buat ahli-ahlinya dengan tujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan. Integrasi teknologi seperti Kiosk Interaksi disediakan untuk memudahkan pelanggan bernavigasi di butik. Selain itu, terdapat juga servis kecantikan buat semua pengunjung seperti Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips di mana ia merupakan satu rawatan khusus untuk menyegarkan wajah dan bibir serta memberi hidrasi optimum secara serentak serta rawatan Skincredible by Sephora yang mana ia adalah satu servis analisa kulit secara percuma buat pelanggan.
Selain itu, perkhidmatan seperti layanan istimewa untuk ahli Gold Member di mana servis personal shopper dan khidmat ukiran telah disediakan di Beauty Loft, tingkat satu. Ahli Gold Member ini turut memiliki ruang lounge peribadi eksklusif disediakan buat mereka untuk sesi beli-belah yang lebih bermakna. Pengalaman seperti ini hanya terdapat di Sephora Fahrenheit ini sahaja. Bukan itu sahaja, ruang yang diberi nama The Studio turut disediakan di butik ini di mana ia adalah sebuah studio fotografi khas yang boleh digunakan oleh rakan dagangan untuk berinteraksi bersama pelanggan mereka di Malaysia.
Valerie Foong, Pengurus Besar Negara buat Sephora Malaysia, turut berkongsi rasa gembira bersama pelanggan di Malaysia,
Pembukaan Sephora Fahrenheit88 ialah bukti usaha berterusan kami untuk menjadikan Sephora sebagai destinasi nombor satu bagi komuniti kecantikan di malaysia dan juga untuk meneguhkan lagi Sephora sebagai peneraju runcit kecantikan di dunia. Butik flagship ini juga kami gelar “The Largest Beauty Playground” di Malaysia bakal menjadi hab kecantikan utama di negara ini.
Butik yang dibuka secara rasmi 18 Januari yang lalu ini adalah antara butik kecantikan yang perlu kamu kunjung. Bukan itu sahaja, di butik ini, kamu bakal berjumpa dengan pelbagai jenis jenama produk yang tiada di cawangan butik Sephora yang lain. Antara jenama baharu tersebut ialah seperti Drunk Elephant dan Tatcha. Bukan itu sahaja, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela kini juga sudah boleh di dapati di Sephora Fahrenheit88.
Dari kiri, Benjamin Vuchot (Presiden Sephora Asia), Valerie Foong (Pengurus Besar Negara Sephora Malaysia) dan Alia Gogi (Pengarah Urusan Sephora Asia Tenggara)
Scha Alyahya, Marion Counter dan Nora Danish
Apa pandangan anda?