Siapa Kata Ubat Gigi Elok Untuk Rawat Jerawat? #BigNo

Sehingga ke hari ini saya masih melihat ada di kalangan remaja yang masih mengamalkan trik ini. Dalam usia muda remaja inilah, hormon badan amat aktif dan jerawat mudah tumbuh di wajah tidak kira masa. Walaupun benar kesan daripada trik ini mampu membuatkan jerawat mudah kecut, akan tetapi, siapa kata ubat gigi ini elok untuk rawat jerawat? Pakar dermatologi juga menafikan rutin tidak elok ini.

Rawat Jerawat

Ubat gigi adalah untuk gigi, bukan untuk kulit wajah. Ubat gigi boleh memberi kesan tidak elok pada kulit. Walaupun ia boleh mengeringkan jerawat, namun pada masa sama ia boleh menjadikan kulit lebih mudah keradangan dan mengelupas. Menurut pakar dermatologi di New York, Dr. Rebecca Baxt, menerusi temubualnya bersama Huffington Post, ubat gigi boleh mengakibatkan kesan kulit kering secara melampau, malah kesan kulit terbakar juga boleh terjadi akibat daripada rutin ini.

Memang inti pati ubat gigi menunjukkan bahan kandungan yang terbukti mampu mengecutkan jerawat di wajah kamu, seperti serbuk penaik, hydrogen peroxide, alkohol, methol, minyak pati dan triclosan. Namun, tidak semestinya ubat gigi itu ubat terbaik untuk kamu layangkan pada permukaan kulit wajah. Sama juga seperti sapu ubat gigi pada permukaan kulit yang terkena air atau minyak panas, trik ini amat salah dan merbahaya!

Ingat ya teman-teman di luar sana, ubat gigi ini walaupun kamu nampak mampu mengeringkan jerawat kamu, jangan sesekali kamu gunakan pada permukaan kulit wajah kamu. Lebih elok jika kamu ke farmasi dan cari krim yang mengandungi salicylic acid dan benzoyl peroxide, lebih terjamin merawat dan membanteras kemunculan jerawat di wajah. Jangan pandai-pandai ikut trik di Internet tanpa selidik dahulu ya.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Rihanna Bina Fenty Beauty TikTok House Untuk TikTokers!
Siapa Kata Ubat Gigi Elok Untuk Rawat Jerawat? #BigNo