Solekan Shiyo Joo Untuk Neelofa Di Milan dan Paris Buat Kami Terpikat!

Apabila jurusolek profesional tempatan, Shiyo Joo, yang saya boleh katakan antara jurusolek yang memiliki tangan paling magis di Malaysia ini bergabung pula bersama wanita cantik yang juga idola kepada ramai orang, Neelofa, membuatkan saya tidak sabar menanti setiap hari “full look” daripada Lofa di Instagramnya sepanjang di minggu fesyen Milan dan Paris. Ini kerana saya dan beberapa selebriti lain sendiri tahu betapa cantiknya setiap hasil solekan Shiyo.

Shiyo saat sedang saya menulis artikel ini, masih lagi dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Paris. Mari kami kongsikan kesemua hasil tangan Shiyo untuk wajah Lofa sepanjang mereka di Milan dan Paris ini.

Milan dan Paris

Wajah yang sudah memang sedia cantik, Shiyo hanya menaikkan sahaja serinya. Shiyo dilihat bermain dengan solekan monokromatik untuk look ini. Sesungguhnya rona koral lembut ini amat padan sekali dengan Lofa.

Milan dan Paris

Lofa sebelum menuju ke pertunjukan Max Mara musim luruh/dingin 2020. Lihatlah solekan matanya. Saya cukup gemar dengan mainan rona biru dan perak metalik, kemudian bulu mata yang diselongsong dengan palitan maskara tebal.

Milan dan Paris

She’s like a real-life Barbie doll! Lihat rona merah yang menguasai kesluruhan solekan Shiyo untuk Lofa ini. Dipadukan pula bersama solekan mata dari palet rona tanah, this look is everything!

Milan dan Paris

One word, classic. Solekan yang tidak terlalu beria-ria, padan dengan keseluruhan look nya untuk Bottega Veneta pada hari itu.

Milan dan Paris

Menggunakan Dior, Shiyo mencipta solekan yang cukup glamor dengan mainan rona tanah untuk keseluruhan wajah Lofa sebelum menuju ke pentas pertunjukan Dior musim luruh/dingin 2020 di Paris ini.

Milan dan Paris

This is LOVE. Memadukan bibir merah bersama solekan mata dramatik. Mainan kemilau sebagai kemasan solekan mata dan kemudian dinoktahkan dengan solekan garis hitam mengelilingi matanya. Kali ini Shiyo tidak mengutamakan bulu mata kerana ingin memberi tumpuan penuh pada solekan eyeliner nya itu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
HatiNyawa: Khai Bahar Menari? Comelnya!
Solekan Shiyo Joo Untuk Neelofa Di Milan dan Paris Buat Kami Terpikat!