Posted on August 27, 2020
Penjagaan rambut bukan sekadar takat memakai syampu dan perapi, ia lebih daripada itu. Minyak rambut, serum, malah produk styling juga antara produk rambut yang harus dititikberat dalam penjagaan dan penggayaan harian kita. Kini dengan adanya pelbagai produk rambut di pasaran, kamu tidak perlu lagi menghabiskan masa di salon apatah lagi di saat ini ketika dunia sedang melanda pandemik COVID-19 yang cukup berbahaya ini. Buat kamu yang masih tercari-cari produk rambut terbaik untuk dicuba, usah risau, kami boleh bantu. Jom lihat produk-produk pilihan kami bulan ini!
Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo RM48/400ml
Jenama penjagaan rambut premium daripada Korea ini tampil dengan rangkaian terbaru mereka iaitu rangkaian “Hamchosoo”. Rangkaian yang diformulasikan daripada sejenis bunga herba yang digunakan dalam ritual perubatan tradisional masyarakat Korea. Dan di dalam rangkaian terbaru ini mengandungi sejenis syampu yang berfungsi memperkuatkan lagi daya tahan kulit kepala dan dalam pada masa yang sama memberi impak sihat pada setiap helaian rambut. Syampu ini diperbuat di Korea menggunakan bahan natural dan paling penting ia bebas daripada bahan yang mengandungi haiwan, minyak silikon serta bahan pewarna sintetik. Syampu ini sangat sesuai untuk kamu yang memiliki kulit kepala kering dan bermasalah.
GHD Helios RM910
The healthiest way to dry your hair! Inilah janji jenama GHD kepada penggunanya. Ramai yang tahu, meniup kering rambut dengan kerap mampu merosakkan rambut. Namun ramai yang tidak tahu, kini ada peniup kering rambut yang sebenarnya mampu mengawal dan menghalang daripada rambut menjadi lebih rosak dan kering akibat daripada rutin ini. Dan salah satunya adalah daripada GHD. Jenama ini kembali dengan inovasi terkini menggunakan teknologi Aeroprecis™ di mana ia hadir dengan bentuk muncung yang mampu mengawal suhu dan peredaraan udara dengan baik. Selain itu, Helios ini merupakan peniup kering rambut paling ringan, laju serta mudah digunakan untuk penggayaan rambut.
Shiseido Professional Sublimic Adenovital Scalp Power-Shot
Sebuah lagi produk untuk penjagaan kulit kepala kamu. Kali ini daripada Shiseido Professional di mana ini adalah sejenis serum yang membantu memperkuatkan lagi daya tahan kulit kepala dan rambut. Diperkaya dengan Core Powerizing Technology serta bahan kandungan seperti nicotinamide, ekstrak lobak merah, ekstrak akar sophora angustifolia dan adenosine. Cara penggunaan, sapukan pada sebelah pagi dan malam sebanyak 15 pam pada sekitar kepala. Kemudian urut untuk melancarkan lagi peredaran darah.
Percy & Reed Bye Bye Dry Hydrating Conditioner RM95
Jenama ini hadir dengan rangkaian terbaru, dan kali ini kami ingin highlight produk perapinya. Ini sesuai untuk kamu yang memiliki rambut kering dan bercabang akibat daripada penggunaan produk penggayaan rambut yang berterusan. Perapi ini mampu memberikan ekstra lembapan pada rambut kering kamu langsung membekalkan kadar hidrasi yang optimum. Ia mengandungi asid amino sutera yang mana memiliki fungsi penting dalam penjagaan rambut kamu. Paling penting, produk ini bebas silikon juga sulfat. Lebih menggembirakan, Percy & Reed kali ini tampil dalam bungkusan kitar semula, di mana ia lebih mesra alam!
Schwarzkopf Professional OSIS+ Long Hair Texture
Buat kamu yang gemar menggayakan rambut, Schwarzkopf Professional hadir dengan enam produk styling terbaru daripada OsiS+. Lebih ringan dan formula cepat kering ini memberikan hasil tekstur serta volume serta-merta pada rambut kamu. Terima kasih diucapkan pada Friction Styling Technology yang dicipta jenama ini. Enam produk tersebut adalah OsiS+ Texture Blow RM58, OsiS+ Beach Texture RM58, OsiS+ Texture Craft RM58, OsiS+ Soft Dust RM58, OsiS+ Soft Texture RM58 dan OsiS+ Fresh Texture RM58. Jika kamu mahukan produk penggayaan terbaik, jenama ini adalah pilihan kami!
Apa pandangan anda?