Surgeri Kecantikan Yang Bakal Hit Tahun 2020

Surgeri kecantikan atau rawatan estetika semakin mendapat pilihan ramai sejak kebelakangan ini. Mungkin akibat pengaruh dari negara luar yang membuatkan peminat kecantikan di Malaysia juga turut terjebak.

Surgeri kecantikan kini hadir dalam pelbagai jenis dan yang paling penting ia tidak lagi seperti zaman dahulu-kala. Dengan kepakaran doktor bertauliah, kini banyak klinik serta hospital menyediakan rawatan seperti ini. Malah masyarakat hari ini juga lebih bersifat terbuka untuk berkongsi rawatan atau prosedur kecantikan yang mereka telah lakukan. Majalah Allure bertanya kepada beberapa pakar dermatologi serta pakar bedah, jenis surgeri kecantikan apakah yang bakal menjadi hit tahun 2020. Kata mereka, selebriti banyak memberi inspirasi buat mereka untuk menyenaraikan jangkaan surgeri kecantikan pilihan ini. Mari kita lihat satu-persatu.

1- Filler Rahang Wajah

Seorang pakar dermatologi dari Los Angeles, Ava Shamban berkongsi, rawatan bukan invasif, filler, untuk bahagian rahang wajah amat popular tahun ini. Memandangkan dunia media sosial yang  menggila sekarang, ramai mahukan selfie mereka nampak sempurna daripada setiap sudut wajah. “The jawline is a big thing,” kata Shamban. Berdasarkan simetri wajah serta apa yang sering dipinta pelanggannya adalah mereka mahukan susuk rahang tajam bak Rihanna dan Angelina Jolie. Untuk mendapatkan rahang idaman pelanggan, Shamban menggunakan filler Radiesse, iaitu sejenis kalsium kompleks sintetik yang lebih utuh (kuat seperti tulang) berbanding suntikan filler asid hyaluronic yang biasa digunakan.

2- Filler dagu

Selain filler untuk rahang wajah, filler dagu juga amat popular. Mungkin kerana pengaruh trend wajah bentuk V di kalangan masyarakat Korea. Dendy Engleman, pakar dermatologi dari New York, turut bersetuju. Dan katanya, bukan wanita sahaja, lelaki juga mendambakan bentuk wajah yang berdefinisi. Mereka mahukan simetri wajah yang lebih sempurna di antara hujung dagu serta bahagian sudut bibir. Kata mereka itulah metrik wajah yang lebih maskulin. Filler Juvéderm Voluma adalah filler pilihan Engleman. Ia memiliki saiz zarah yang lebih besar dan bertujuan lebih untuk menaikkan bentuk wajah serta lebih berstruktur.

3- Tatu Kosmetik

Ini sememangnya popular dalam prosedur kecantikan. Dan sememangnya trend ini bermula daripada trend kecantikan di Korea. Bermula daripada tatu kening, kini rangkaiannya lebih meluas iaitu tatu bibir, mata malah untuk seluruh wajah juga ada! Menurut Paul Jarrod Frank, pakar dermatologi dari New York City, dia juga bakal membuka kliniknya di Manhattan dan memperkenalkan buat pertama kalinya rawatan tatu BB Glow. Makna tatu kosmetik ini sebenarnya adalah rawatan solekan separuh kekal pada wajah. Untuk lebih jelas lagi, mereka menyuntik atau menekap tatu menggunakan teknik jarum mikro yang dicucuk pada wajah. Jarum mikro ini mengandungi dakwat solekan organik yang selamat pada wajah. Ini sesuai buat mereka yang sering sibuk, tidak pandai menyarung solekan atau juga malas untuk bersiap dan membuang solekan di wajah setiap hari. Dengan adanya tatu solekan di wajah, kamu tidak perlu bersolek lagi malah wajah akan kelihatan mulus sentiasa. Namun kamu juga harus tahu, sama seperti rawatan microblading untuk kening, rawatan BB Glow ini sebenarnya masih belum mendapat kelulusan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan) di Amerika Syarikat. Maka berhati-hatilah buat kamu yang terutama sekali memiliki masalah kulit seperti eczema, parut keloid atau juga psoriasis.

P/s: STAIL langsung tidak menyarankan kamu untuk melakukan sebarang prosedur kecantikan. Ini kerana ia membahayakan. Ingat, pentingkan kesihatan diri terlebih dahulu sebelum bertindak.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Garance Dore ‘Undur Diri’ & Prince Pelayo ‘Tak Puas Hati’
Surgeri Kecantikan Yang Bakal Hit Tahun 2020