Bapa Mertua Datin V Tak Bayar Sewa Rumah Pindah Keluar Waktu Malam

Bapa Mertua Datin V

Walaupun hari Raya ini kita berada dalam PKPB, namun Norma ada juga terima undangan untuk ke rumah teman-temannya. Kan kita dibenarkan berkumpul tak lebih daripada 20 orang pada satu-satu masa. Jadi Norma berkunjunglah ke rumah teman bisnes suaminya pada Raya pertama. Itu pun Norma berjanji pada diri dia takkan lama. Tapi dalam pada sekejap dia berkunjung itu, sempat jugalah kenalannya Tengku Rahmah bercerita dengannya tentang bapa mertua Datin V tak bayar sewa rumah dan pindah keluar senyap-senyap waktu malam.

Pada awal tiba di rumah kenalan bisnes suaminya itu, Norma sudah merasa pelik. Katanya rumah besar di Bukit Damansara ini nampak sungguh familiar. Rasa-rasanya seperti dia pernah berkunjung ke rumah ini tahun lepas. Tetapi bukanlah untuk hari Raya. Mengingat-ingat kembali, dia menyebutnya kepada Tengku Rahmah, “Aku rasa aku pernah ke rumah inilah Mah. Tahun lepas aku ke sini untuk keraian Tahun Baru Cina anjuran business associate husband aku.” Tengku Rahmah tidak langsung menunjukkan reaksi terkejut atau pelik. “Azman pula menetap di sini sekarang?” Azman ialah kenalan bisnes suami Norma,

“Ya rumah ini memang tauke Cina tu yang punya. Datuk Meng kan yang buat keraian tahun lepas di sini?” Norma terpaku seketika. Dia cuba mengingat kembali. “Ya  betul Mah. Memang Datuk Meng punya majlis Tahun Baru Cina yang aku pergi.” Tengku Rahmah pun mula bercerita. Rumah ini memang Datuk Meng yang memilikinya. Besar juga rumah ini. Ada empat tingkat semuanya. Di tingkat tiga ada kolam renang luar yang tak kurang besar. Dari kolam renang itu juga, kamu boleh melihat pemandangan Kuala Lumpur. Sesuai sungguh untuk membuat parti alfresco bersama teman-teman berteman langit malam dan berlatar pemandangan kota. 

Tapi Datuk Meng tidak menginap di sini. Ini salah satu daripada berpuluh property yang dimilikinya di sini. Dia menyewakan rumah ini. Jadi tahun lepas waktu dia menganjurkan majlis Tahun Baru Cina itu, rumah ini tiada penyewa. Sebulan selepas majlis itu, baru Azman masuk menginap di rumah ini. “Oh… jadi baru setahun lah Azman dan keluarganya menetap di sini? Dia menyewa dengan Datuk Meng lah.” Norma baru faham situasi sebenar rumah yang sungguh familiar ini. “Ya lah Norma. Azman menyewa dengan Datuk Meng.” Tengku Rahmah menjawab. “Berapa lah agaknya sewa rumah ni? Besar sungguh dan lengkap semua kemudahan termasuk pengawal.” “Tak usah cakaplah Norma.. Kau dan aku pun tahu tak murah. Aku dengar Datuk Meng sewakan untuk RM20 ribu.”

Terbeliak jugalah mata Norma mendengar harga sewa rumah ini. Tapi memang sepadanlah dengan saiz rumah dan kemudahan yang disediakan. Alamatnya juga berprestij di Bukit Damansara. Bangga nak menyebutnya dan yang mendengar terus meletak kepercayaan. Tapi Tengku Rahmah belum habis bercerita. “Tapi kau tau Norma sebelum Datuk Meng sewakan pada Azman siapa yang menyewa di sini?”

Norma merasakan Tengku Rahmah sudah masuk ke dalam fasa bergosip nya. Suaranya semakin perlahan dan sedikit berbisik.

“Siapa Mah?” tanya Norma seperti mencurah gasolin ke dalam api. Norma tahu memang itulah yang mahu didengar oleh Tengku Rahmah. Ia umpama kebenaran untuk dia bercerita lanjut. Mereka duduk di satu sudut berhadapan pintu pagar besar. Hanya mereka berdua di situ. Teman-teman mereka yang lain sudah berkeliaran di sekitar banglo. Masing-masing sibuk mahu melihat perabot, hiasan dalaman dan kolam renang di aras tiga. Norma dan Tengku Rahmah pula sengaja memilih hadapan pintu pagar kerana mereka suka juga nak melihat tetamu-tetamu lain yang datang.

Ini juga peluang mereka melihat siapa yang berganti isteri, bersuami baru. Siapa baru beli beg baru, yang sendat baju dan yang pakai baju pereka terkenal. Tapi kerana PKPB, tak banyak sangat yang berubah. Yalah pergerakan pun memang terbatas sejak dua bulan lagi. Semua perubahan pun harus diletakkan on hold dulu.

“Bapa mertua Datin V menyewa di sini Norma. Tapi tak lama katanya tiga bulan saja.” Eh mengapa pula sekejap sangat Norma tertanya dalam hati. “Datin V, usahanita berjaya tu?” Siapa tak kenal Datin V. Pada usia muda, dia menempa kejayaan demi kejayaan. Namanya terkenal di seluruh Malaysia. Apa sahaja bar”Ini Datin Meng sendiri yang cerita pada aku ya. Kau taulah dia kan jujur dalam bercerita. Tak ada nak sorok-sorok. Katanya bapa mertua datin V tu tak bayar sewa tiga bulan sedar-sedar satu malam kemas semua barangnya dan keluar dari rumah ni tanpa bagi tahu pada Datuk Meng pun.” Biji mata Norma terbeliak sekali lagi. “Huhhhhhh benar kah Mah itu yang terjadi? Takkanlah bapa mertua Datin V buat macam tu. Mereka kan keluarga elok-elok dan berpengaruh?” Datin Meng pun tak tahu apakah sebab yang sebenarnya bapa mertua Datin V sanggup buat begitu. “Macam penyangak pula Mah?”ang yang dijualnya pasti akan laku dan membawa untung. “Mengapa sekejap sahaja duduknya Mah?” Norma bertanya.

“Itulah. Aku sendiri tak percaya. Tapi aku tak rasa Datin Meng reka cerita. Dia bukan jenis orang begitu Norma. Dia hanya akan cerita apa yang terjadi sahaja.” Datin Meng juga mengakui bahawa Datuk Meng agak marah juga awalnya. Masakan bapa mertua Datin V sanggup buat begitu padanya. Sedangkan mereka sudah berkawan lama. Tapi Datuk Meng tidak mahu membesar-besarkan isu ini. Kerana Datuk Meng juga tahu bahawa bisnes bapa mertua Datin V ini tidak berapa bagus sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum itu. Dengan pertukaran kerajaan dan sebagainya memang susah untuk dia mengekalkan gaya hidup mewahnya.

Dia pula ramai yang tahu bahawa rapat dengan sesetengah ahli politik yang tidak lagi memiliki kuasa dan pengaruh dengan pertukaran kerajaan. Datuk Meng juga mengenang akan persahabatan mereka dan susah senang yang mereka pernahlalui bersama sebelum ini. “Jadi ah Mah, Datuk tutup sebelah mata saja lorrrr. Tadak besar sangatlah itu masalah. Datuk juga tadak suka wa cerita sama orang worrrrr tapi saya cerita apa yang jadi saja maaaaa.” begitulah Datin Meng cerita pada Tengku Rahmah.

Tidak semestinya apa yang kita nampak secara luaran itu menggambarkan situasi sebenar kehidupan seseorang itu.

“Kita pun tak tahu Mah apa yang keluarga mereka sedang hadapi. Memanglah kita nampak menantu dia berjaya dan hidup mewah tapi yalah orang berada ni walaupun berkeluarga tapi akaun bank asing-asing. Kejayaan aku tak ada kene mengena dengan kejayaan dan gaya hidup kau. Bukan kau tak faham Mah keadaan ni,” kata Norma kepada Tengku Rahmah. 

“Betul tu Norma. Tapi yalah macam kita selalu bualkan. Ukur baju kenalah pada badan sendiri. Kalau dah tau tak mampu mengapa cuba nak menunjuk dan beri gambaran yang salah pada masyarakat. Bila cerita begini dah keluar, bukan kah bawa malu saja pada keluarga mereka.” Tengku Rahmah membalas.

“Eh Mah, kau ingat mereka mereka ni ada malu ka? Kita ni yang banyak malu Mah. Sebab tu kita tak sanggup buat apa yang mereka buat. Sebab mereka tak ada malulah mereka sanggup buat benda-benda macam ni. Bagi mereka life has to go on. Bila orang lupa, aku cari peluang lain,” jawab Norma pula.

Tetamu masih ramai yang keluar masuk. Norma dan Tengku Rahmah merenung ke arah pintu pagar. Tengku Dolly baru sahaja sampai keluar dari Vellfire bersama suaminya. Mukanya nampak tegang semacam. Bibir bengkak daripada biasa. Dahinya tak berkerut langsung waktu dia senyum ke arah Norma dan Tengku Rahmah. Mereka saling berpandangan dan Tengku Rahmah menuturkan, “Ehhh musim PKP ni ada khidmat house call kah untuk pakar estetik muka?” Mereka berdua terus tergelak kecil sebelum mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tengku Dolly.  

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#STAILLAVV Solekan Raya Selebriti Pilihan Kami Minggu Ini
Bapa Mertua Datin V Tak Bayar Sewa Rumah Pindah Keluar Waktu Malam