Selamat Tahun Baru 2016, Helo stail.my

INSTA (1)

‘Fashion says me too, style says only me’. Helo 2016 dan salam perkenalan daripada stail.my. Quote ini memang tepat saya gunakan untuk memperkenalkan visi dan falsafah portal stail.my. DEFINISI STAIL SEBENAR. Itulah yang mahu kami ketengahkan melalui portal baru ini. Kami tidak sama dengan portal-portal sedia ada. Kami berbeza. Dari segi atur letak, kandungan, visi yang disampaikan, bentuk penulisan dan bahan cerita juga tidak hanya berdasarkan sensasi semata-mata malah lebih berbentuk informasi dan mendidik, memberi inspirasi dan membentuk aspirasi buat pembaca-pembaca kami. Kami mahu menjadi satu-satunya portal berbahasa Melayu yang berkonsep sebegini bukan hanya bergantung pada hanya sekadar gosip.

Dan saya bertuah kerana menemui dua lagi individu (co-founder stail.my), Hafizan Mohd dan Merrissa Emilda kerana mereka juga sekepala dan arid benar dengan segala yang stail-ish. Biasa-biasakan diri anda dengan terma stail-ish ini kerana kami akan banyak sangat menggunakannya untuk menggambarkan semua yang stylish. Tidak kira dari dunia fesyen, kecantikan, budaya mahupun gaya hidup. Kerana untuk menjadi stail-ish, kamu perlu stylish 360 darjah. Lengkap dalam semua aspek.

Visi kami dalam mengasaskan portal ini juga adalah bagi mengisi kekosongan dalam industri. Menurut kajian kami, tidak ada lagi portal yang benar-benar membincangkan aspek stail secara menyeluruh di Malaysia. Dan itu yang mahu kami jadikan Unique Selling Point kami. Dalam masa sama kami tidak boleh menidakkan kuasa selebriti Melayu. Pengikut mereka ramai. Peminat mereka merata-rata. Kebanyakan mereka menjadi idola kepada peminat-peminat. Jadi kami akan memaparkan mereka dalam sudut paling stail-ish. Ditampilkan dalam cara paling cantik. Menjalani gaya hidup paling stail-ish dan meresapi budaya yang amat-amat stail-ish. Moga-moga boleh dijadikan inspirasi justeru mendidik peminat-peminat mereka untuk menjalani kehidupan dalam cara serupa.

‘Fashion says me too, style says only me’.

Saya amat gembira dan bangga sebenarnya kerana bermula tahun baru, pengalaman kami di sini juga serba baru. Jika sebelum ini ketiga-tiga kami datang daripada latar percetakan (dunia majalah), stail.my memperkenalkan kami kepada medium lebih luas – dunia maya yang kami rasakan tiada terbatas. Kami menemui cara baru, belajar teknik baru, mengembangkan idea-idea baru dan bercadang memperkenalkan semua yang segar buat pembaca-pembaca kami. Diharap dengan pengalaman dan kepakaran kami dalam dunia penulisan, kreatif dan seni dapat membuka dunia baru tanpa sempadan juga kepada kamu semua.

Mungkin ada pembaca yang ingat lagi kata saya dalam ruangan terakhir saya di tempat lama, saya akan bertemu dengan kamu lagi dalam ruangan yang lebih luas dan tiada sempadan. Nah, saya di sini kini dan kita boleh lebih banyak berbicara dan berinteraksi. Saya boleh mengajar kamu dan saya mengalu-alukan idea dan pandangan kamu. Mungkin ia akan lebih mengajar saya juga. Salam perkenalan sekali lagi daripada kami bertiga dan kami sangat-sangat mengharapkan doa kalian semua dalam menjayakan lapangan baru kami ini. Insya-allah.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.