To Do List 2020: 10 Perkara Positif Mesti Buat Tahun Ini

to do list 2020

What is in your to do list 2020? Apa kata kamu penuhkan dengan perkara-perkara positif senarai mesti buat kamu itu. Yang akan membangunkan kamu sebagai insan, yang menggembirakan diri kamu, yang membantu orang di sekeliling kamu, yang menyebarkan tenaga positif kepada mereka, seterusnya mencipta dunia yang lebih aman sempurna.

Yalah kita pula hari ini hidup dalam dunia yang serba huru-hara. Saya kira tidak perlulah lagi kita menambah kepada keadaan huru-hara itu. Bantulah dunia dengan langkah kecil yakni bermula dengan diri sendiri. Kita sebagai individu harus sentiasa cuba menghantar keluar vibe positif agar dengan langah kecil kita ini akan mampu mengurangkan huru-hara dunia hari ini.

Jadi untuk bulan pertama 2020 ini, saya senaraikan 10 perkara positif yang mesti kamu buat untuk tahun ini.

1

Sebarkan lebih banyak kebaikan. Yes you know the world needs more kindness. Berbuat baik lah sesama sendiri dan dengan alam sekitar. Jauhkan perasaan benci, iri hati, menyakiti dan perbalahan dengan insan lain. Percayalah semua perasaan negatif ini akan memberi kesan buruk kepada kita sebagai individu.

2

Pilih satu perkataan untuk 2020 berbanding menyenaraikan resolusi. Ini yang dikatakan Oprah Winfrey dalam temubualnya bersama Entertainment Tonight. Katanya dia tidak mahu lagi menyenaraikan resolusi. “I wanna pick a word for this new year,” sebutnya. “And my word this year is purpose,” sambungnya lagi. Dalam apa jua yang dilakukannya tahun ini, dia mahu ada sebab di sebaliknya. Sebab itu katanya akan membuat dia memasang niat. Dan itu akan menjadi paksi kepada semua perbuatannya tahun ini. Jadi, apa perkataan kamu tahun ini?

3

Positive selfishness. Jaga vibe positif dalam diri kamu. Ini pula saya dapat daripada menonton Youtube Master Sr i Akarshana. Dia mengajar tentang positive selfishness di mana kita harus sentiasa menjaga vibe positif yang ada dalam diri kita. Katanya akan sentiasa ada anasir-anasir luar yang boleh mengacau positivity dalam diri kita pada setiap masa. Maka penting untuk kita mengelak daripada anasir-anasir ini.

Good energy is a rare gift. If it ever comes your way or if you hold it, guard it with everything you know how to.

4

Cari kegembiraan dan lakukannya dengan lebih banyak lagi tahun ini! Ya setiap daripada kita tahu apa yang menggembirakan kita. Baik berbual dengan teman di telefon, bercucuk tanam, indoor cycling, jamming, memanah atau bermain bola. Jika kamu beri perhatian lebih kepada aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan setiap hari, kamu akan dapat mengenal pasti yang mana satu menggembirakan kamu. Buatlah aktiviti-aktiviti itu dengan lebih banyak tahun ini.

5

Lakukan pekerjaan yang membuat kamu rasa kamu tak perlu bercuti. Mungkin tidak semua orang bertuah memilih kerjaya yang membuat mereka rasa mereka tidak perlu bercuti. Tetapi saya pasti setiap daripada kita tahu cara untuk membuat pekerjaan kita jadi lebih bahagia supaya kamu tidak perlu bercuti daripada pekerjaan itu. Tolak ke tepi elemen-elemen politik di tempat kerja. Fokus kepada menyiapkan kerja dan memenuhi tanggungjawab kamu. Itu sahaja sudah cukup memuaskan diri.

6

Beri perhatian kepada kesihatan mental kamu sebaik-baiknya. Seperti kata Lady Gaga dalam temubualnya bersama Oprah Winfrey, “Mental health is a huge crisis in today’s world. Ia memerlukan kajian yang mendalam. Dia juga berazam mahu meletak guru atau kaunselor pakar di setiap sekolah di Amerika yang boleh membantu pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kesihatan mental. Begitu pentingnya kesihatan mental untuk Gaga. Saya setuju. Dalam zaman Instagram hari ini, kesihatan mental kita mudah terganggu dan ia terbukti (dalam banyak kes) boleh menjurus kepada kematian dan pembunuhan. Jadi, sekiranya kamu mula berperang dengan minda, sila berjumpa psychiatrist atau doktor pakar.

7

Live in the moment. Care about NOW. Jangan terlalu banyak berfikir tentang masa depan. Dan tidak usahlah mengenang barang yang lepas. Hiduplah dalam keadaan sekarang. Nikmati apa jua pengalaman dan kejadian dalam hidup kita sehari-hari. Kerana momen itulah yang tidak akan berulang lagi dan kamu juga tidak dapat menjangka bila ia akan terjadi lagi. Kalaupun kamu cuba mencipta kembali momen itu, percayalah perasaannya tidak akan sama.

8

Luangkan lebih banyak masa dengan orang, bukan dengan telefon pintar kamu. Kamu menjadi lebih sunyi jika kamu lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar. Kamu rasa kamu berteman pabila bermain dengan telefon tetapi sebenarnya kamu hanya menghabiskan masa dengan diri sendiri. Apa kata nikmati perbualan dengan individu lain. Lakukan aktiviti dengan individu lain. Lalui pengalaman dengan individu lain. Ini akan lebih membina karakter diri kita berbanding hanya bergantung dengan telefon pintar.

9

Kamu sudah cukup untuk diri kamu sendiri. Jangan pernah sangsi akan diri sendiri. Jangan ragui kebolehan dan bakat atau keistimewaan pada diri. Setiap daripada kita istimewa dalam cara tersendiri. Maka, janganlah buang masa mencari orang yang dapat melengkapkan diri kita atau mengharapkan orang lain memuji atau memberi kata perangsang. Semua itu akan lebih bermakna jika ia hadir dari dalam diri sendiri. Here here to self empowerment.

You were enough yesterday. You are enough today. You will be enough tomorrow.

10

Jaga bumi kita. Kamu sedar kan betapa bumi kita hari ini sangat memerlukan perhatian dan pemuliharaan. Dengan isu pemanasan global dan pencemaran oleh manusia, setiap langkah penjagaan biar sekecil mana sekalipun yang boleh kita lakukan amat penting. Bagi sesiapa yang mahu mula membantu, apa kata mulakan dengan memberi derma kepada mangsa pembakaran hutan di Australia. Kesian melihat koala dan kangaru yang menjadi mangsa kebakarang hutan ini. Bayangkan kalau kamu yang menjadi mangsa bencana alam ini?

to do list 2020

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Zuhud – Kmy Kmo & Luca Sickta Mahu Kamu Jangan Angkuh Dengan…
To Do List 2020: 10 Perkara Positif Mesti Buat Tahun Ini