Penyerap hentakan (shock absorbers) ialah satu komponen penting dalam kereta kamu dan ia adalah antara komponen yang agak pendek jangka hayatnya (bergantung pada gaya pemanduan, kondisi jalan raya yang sering dilalui, dll.) dan perlu ditukar. Antara soalan yang sering ditanya: Apa tanda absorber rosak? Apa tanda absorber belakang rosak? Berapa kos gantinya? Dan bila perlu tukar absorber kereta?
Tak ramai yang betul-betul beri perhatian pada komponen kereta ini. Dalam entri kali ini, kami ingin kupas satu-persatu tanda-tanda absorber kereta rosak dan bila absorber perlu diganti.
Penyerap hentakan, padan dengan namanya, kerjanya menyerap hentakan. Ia tidak memberi kesan kepada ketinggian kereta. Tanpa penyerap hentakan (hanya ‘spring’), kereta kamu akan melantun-lantun sepanjang hari.
Omputeh selalu menggelarkan komponen ini “shocks” atau “struts”. Tapi, kena ingat yang kedua-dua terma ini merujuk kepada perkara yang berbeza. ‘Strut’ ialah sebuah kumpulan komponen yang terdiri daripada penyerap hentakan di tengah dan dikelilingi oleh ‘spring’. Manakala penyerap hentakan adalah penyerap semata-mata. Jenis yang selalu ditemui pada kereta-kereta zaman sekarang ialah MacPherson Strut.
Selain menjadi satu komponen penting untuk pengendalian (‘handling’) kenderaan, penyerap hentakan juga memainkan peranan penting dalam pemberhentian atau brek kereta. Ia juga teramatlah penting untuk keselamatan.
Oleh itu, kamu mestilah kerap periksa penyerap hentakan kereta anda dan betulkan cepat-cepat jika ada masalah.
Jom kita lihat beberapa petanda yang menunjukkan dah sampai masa untuk kamu tukar absorber kereta.
1. Selaman Hadapan (‘Nose Diving’) yang Berlebihan & Cangkungan
Membrek dan memecut mengalihkan berat kereta. Apabila membrek, berat kereta teralih ke hadapan. Apabila memecut, berat kereta beralih ke belakang. Penyerap hentakan yang dah teruk akan menyebabkan ‘selam’ / ‘diving’ yang berlebihan atau cangkungan / ‘squatting’ apabila membrek atau memecut.
Selaman hadapan yang berlebihan bermaksud bahagian belakang kereta menjadi ringan, membuatkan brek belakang dan cengkaman tayar tak berguna apabila membuat brek kecemasan.
Penyerap hentakan yang tak elok juga memanjangkan jarak brek dan menaikkan risiko perlanggaran. Bahaya!
Selain daripada selaman hadapan yang berlebihan, cangkungan berlebihan juga salah satu tanda penyerap yang rosak. Dengan berat kereta yang dialih ke belakang, penyerap yang rosak tak mampu untuk melembutkan peralihan berat dengan baik.
2. Buaian (body roll) berlebihan
Sama seperti selaman hadapan dan cangkungan, buaian juga sebahagian daripada dinamik kenderaan.
Buaian yang berlebihan boleh menyebabkan kamu hilang kawalan. Apatah lagi dalam Moose Test (kitaorang panggil ‘ujian elak langgar kerbau’), confirm terbalik. Lagi satu cara untuk menguji buaian kereta selain daripada Moose Test ialah ujian air dalam cawan Fujiwara (yang layan cerita animasi Initial D mesti tahu punya).
3. “Shock absorber bocor”
Perkongsian ringkas: Penulis baru-baru ini singgah ke kedai tayar, terkena ayat di atas setepek. Masih belum ada masa nak tukar yang baru pada Perodua Myvi, katanya yang bocor ialah penyerap pada tayar belakang sebelah kiri. Mekanik tawar shock absorber second-hand, RM150 sepasang katanya. Penulis nak yang baru. Satu benda paling ketara apabila memandu ialah bila nak brek. Terasa jauh, tak cengkam. Musim hujan pula, terpaksa slow. Sekian.
Penyerap hentakan ialah satu komponen hidraulik. Ini bermaksud ia mengandungi cecair. Lama-kelamaan, penutupnya boleh haus dan menyebabkan kebocoran cecair hidraulik. Kalau nampak sekadar semburan sikit-sikit pada batang penyerap itu, masih boleh pakai lagi, tapi masih kena rajin periksa. Gambar dari CARiD ini adalah panduan yang bagus untuk menggambarkan tahap kesihatan penyerap hentakan anda dan bila anda patut menggantikannya.
4. Lantunan berlebihan
Menekan-nekan kereta atau tayar bukanlah cara yang tepat untuk menguji tahap kesihatan penyerap hentakan kereta anda. Melainkan ia betul-betul dah teruk, sangat susah untuk kita uji hanya dengan menekan-nekan kereta. Cara yang lebih baik ialah dengan memandu kereta tersebut melalui bonggol dan rasakan berapa lama kereta melantun.
Penyerap hentakan yang bagus tidak akan membuatkan kereta melantun secara berlebihan. Penyerap hentakan yang dah rosak akan melantun-lantunkan kereta macam bola keranjang.
5. Stereng bergegar
Cuba pandu melalui jalan yang berbonggol dan tak rata, kemudian rasakan jika stereng bergegar. Stereng yang bergegar ketika memandu di jalan rosak adalah tanda penyerap hentakan yang tak elok.
6. Tayar ada hakisan ‘cupping’
Penyerap hentakan yang tak elok akan menyebabkan hakisan tidak sekata pada tayar anda. Secara spesifik, ia akan menyebabkan “cupping”. Jika kamu ternampak hakisan, ia bermaksud tayar dan perlu tukar absorber kereta.
Artikel ini ditulis oleh Mersita untuk WapCar
Apa pandangan anda?