Posted on October 18, 2023
Wan Zurinadia, 23 – Pelajar, Penari & Model
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Wan Zurinadia, saya berumur 23 tahun. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Saya belajar dalam bidang komunikasi di Universiti Malaysia Perlis. Sekarang saya menetap di Kuala Lumpur dan sedang menjalankan latihan industri di Media Prima.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Melalui TikTok dan Instagram saya banyak berkongsi tentang tarian kerana saya seorang penari. Ada masa saya cipta koreografi sendiri atau saya pelajari gerak tari orang lain dan tarikan semula tarian tersebut. Saya mahu tunjukan pada orang ramai bahawa gadis berhijab juga boleh menari.
3 – Dari mana datangnya minat dalam bidang tarian?
Saya mula menari sejak di bangku sekolah lagi, apabila menari saya dapat rasa saya lebih gembira dan itulah diri saya yang sebenarnya. Melalui tarian saya seolah-olah mempunyai tenaga yang lebih untuk beraksi di depan kamera ataupun di atas pentas.
4 – Jenis tarian yang dekat di hati kamu?
Tarian moden dan Kpop sebab pada saya kedua-dua tarian ini adalah sangat unik. Apabila saya menari dua tarian tersebut saya dapat rasa tenaga yang berbeza seolah-olah ia melahirkan semangat yang baru dalam diri saya.
5 – Adakah kamu juga berminat untuk jadi seorang model?
Saya nak jadi model, tidak kira untuk tudung ataupun runway. Jujurnya, dulu saya kurang yakin dengan badan saya kerana saya rasa saya sangat kurus dan tinggi. Namun, sejak menceburkan diri dalam bidang peragaan saya mula terasa yakin dengan badan saya. Saya mahu terus aktif sebagai seorang penari dan model di masa hadapan.
6 – Bagaimana kamu membahagikan masa untuk latihan industri dan kerja sebagai seorang model?
Saya bersyukur kerana mempunyai penyelia yang memahami minat saya. Macam hari ini apabila saya beritahu saya ada sesi fotografi untuk dihadiri, penyelia saya memberikan sokongan penuh dan memberikan saya pelepasan kerja sebentar.
Bagaimanapun, saya sendiri harus pandai berkomunikasi. Saya perlu jujur dan lakukan kerja saya dengan bersungguh-sungguh tak kira di tempat saya menjalankan latihan industri ataupun ketika saya buat kerja modelling.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Kadang-kadang dengan kaca mata pun ada sesetengah orang masih sukar untuk melihat dengan jelas, jadi pada saya lasik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan ramai demi mata yang lebih sihat dan penglihatan yang lebih jelas” – Wan Zurinadia.
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Producer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Feng Chen Wang dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?