
Dari finance ke fitness, kini fesyen, apakah yang kamu lakukan sebenarnya?
Saya sukakan semuanya, saya juga suka berlakon dan seni. Saya mempunyai pengalaman dalam financial analysis, financial planning, retirement planning dan financial advisory. Saya juga berpengetahun dalam kesihatan pemakanan dan saya suka berkongsi tentang ilmu itu. Dan, kini saya bergelar content creator. Saya banyak menyalurkan ilmu yang saya ada menerusi media sosial. Saya ingin orang tahu bahawa corak pemakanan yang betul bukanlah dengan menyekat pengambilan sesuatu makanan tetapi menyukat dengan tepat mengikut keperluan dan pada masa yang sama kita boleh terus enjoy dengan makanan yang disukai. Dan, nampaknya isu itu antara yang disukai oleh warga maya untuk dibincangkan.
Adakah kamu mempunyai dua karekter berbeza antara dunia nyata dan di media sosial?
Saya cuba mencari keseimbangan dan kesamaan antara ke dua-dua dunia itu. Saya tak nafikan saya seorang yang ambivert, berada di tengah-tengah antara seorang yang pemalu dan peramah. Memang ada beza apabila bercakap di hadapan skrin dengan berbual di depan khalayak ramai. Namun, kedua-duanya memberi impak yang baik untuk saya menjadi individu yang lebih yakin dan matang.

Di manakah titik terendah yang kamu pernah lalui?
Apabila berdepan dengan krisis identiti! Anda tengok sendirikan yang saya buat pelbagai lapangan dan adakala saya sendiri terfikir, apa sebenarnya yang saya mahu dan ingin jadi? Apabila rezeki berlakon datang mencurah-curah, saya mula keliru, adakah ini yang saya mahu? Tapi titik itu berubah menjadi tertinggi saat mendengar kata-kata ibu dan ayah saya, “I am proud of you”. Kerana awalnya ayah saya sendiri tidak berapa setuju dengan apa yang saya buat ini. Tetapi, setelah melihat sendiri progress yang saya lalui hari ini, ya dia tahu anak dia di jalan yang betul.
Kalau kamu pemenang Fresh Face tahun ini, apa mahu dikatakan?
Wow, that would be nice! Hahaha.. Sebenarnya saya sudah lama tidak memasuki apa-apa pertandingan sejak dari zaman kolej. Jadi, kalau menang, pastinya ia satu momen yang bersejarah.
Apakah stail yang menjadi identiti kamu?
Saya sukakan gaya orang Itali yang terlihat old money. Saya bukan seorang yang mengejar trend terkini, stail saya cenderung pada yang timeless sahaja.

Siapa kamu pada 10 tahun akan datang?
Saya harap saya mampu mempengaruhi komuniti dengan cara mereka berfikir untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Saya ingin menggunakan segala pengetahuan dan kepakaran yang saya anda untuk bantu masyarakat membina masa depan yang hebat, dan ia tidak hanya berlaku di Malaysia, saya harap saya mampu menembusi negara Asia lain juga.
POV kamu terhadap penakhlukan kemajuan AI pada komuniti hari ini?
Bagi saya, ada sisi baik dan buruknya. Saya sendiri menggunakan AI setiap kali mahu merujuk apa-apa persoalan. Kemudahan di depan mata, kenapa tidak digunakan? Namun, ia haruslah digunakan dengan cara yang baik dan beretika. Tidak semua pekerjaan mampu digantikan AI, namun kita sendiri jangan cepat selesa. Jika tidak AI, apa sahaja boleh mengubah posisi kita. Paling penting, kita sendiri perlu meluaskan skil yang ada, upgrade pengetahuan dari bidang yang lain juga untuk kekal bertahan.
Photographer: Edmund Lee
Videographer: Jufri Jamaludin
Stylist: Azreezal Hafidz
Teks: Afiza Kamarulzaman
Makeup: El Manda Zuhairy
Rambut: VV Chan mengunakan Schwarzkopf Taft
BACA: Fresh Face 2025 : Marc Sadique










.gif)

Apa pandangan anda?