Sempena Hari Malaysia, apa kata kita kenali lebih dekat jenama tempatan yang sedang mencorakkan dunia fesyen dan gaya hidup di negara kita? Daripada aksesori dan wangian kepada pakaian aktif, lima label ini membuktikan bahawa bakat tempatan semakin berkembang dengan identiti dan pendekatan tersendiri.
Jika dahulu pilihan sering tertumpu kepada jenama antarabangsa, kini semakin banyak label tempatan hadir dengan rekaan yang segar, berkualiti dan dekat dengan gaya hidup kita. Ada yang membawa sentuhan budaya, ada yang tampil lebih moden, tetapi semuanya mempunyai cerita tersendiri tentang apa yang menjadikan sesuatu itu tempatan.
ini lima jenama tempatan yang mungkin wajar ditambah ke shopping list kamu.

STEPSBYFILO
Kalau kamu mencari kasut yang comel dan versatile, STEPSBYFILO mungkin antara label tempatan yang patut diberi perhatian.
Jenama ini menawarkan pelbagai pilihan flat shoes, termasuk rekaan tabi dengan motif polka dot yang cukup playful dan mempunyai karakter tersendiri. Pilihan warnanya juga menarik — daripada tona yang lebih neutral hinggalah warna seperti hijau dan kuning yang boleh menjadi statement kecil dalam sesuatu outfit.
Harga yang ditawarkan juga cukup mesra poket, sekitar RM70 hingga RM150, menjadikannya pilihan yang mudah untuk menambah variasi kepada koleksi kasut tanpa perlu berbelanja terlalu besar.

FRMR Eyewear
Cermin mata yang bagus bukan hanya tentang bagaimana ia kelihatan. Ia juga tentang bagaimana ia terasa apabila dipakai sepanjang hari.
Itulah pendekatan yang dibawa oleh FRMR Eyewear, dengan bingkai yang menggabungkan bentuk, fungsi dan keselesaan untuk pelbagai jenis wajah. Lebih menarik, rekaan mereka mendapat pandangan daripada optometrist dalaman, memastikan aspek perlindungan mata turut menjadi sebahagian daripada proses menghasilkan bingkai.
Dengan kebanyakan rekaannya berharga di bawah RM250, FRMR menawarkan pilihan yang cukup mudah untuk kamu bereksperimen dengan bentuk dan gaya baharu tanpa membuat pelaburan besar.

Maison Materi
Bagi penggemar fragrance yang mencari sesuatu di luar pilihan mainstream, Maison Materi ialah nama yang semakin menarik perhatian dalam dunia niche perfume tempatan.
Jenama Malaysia ini dikenali dengan wangian yang dihasilkan secara handcrafted, dengan setiap fragrance dibangunkan dengan penekanan terhadap niat dan karakter tersendiri. Salah satu signature yang cukup dikenali ialah profil vanilla, memberikan koleksi mereka sentuhan yang warm dan sensual.
Perfume akhirnya menjadi sesuatu yang sangat personal. Dan bagi mereka yang mahu scent yang terasa lebih tersendiri, Maison Materi menawarkan alternatif yang datang dari sini.

Comme Ca
Ada sesuatu tentang beg kulit yang clean dan well-made — ia tidak memerlukan logo besar untuk menarik perhatian.
Comme Ca mengambil pendekatan tersebut dengan rekaan leather bag yang moden, kemas dan mudah dibawa dari satu occasion ke occasion yang lain. Siluetnya tidak terlalu mengikut trend, menjadikannya jenis beg yang boleh kekal dalam wardrobe lebih lama daripada satu musim.
Dengan harga sekitar RM399, ia juga menawarkan titik harga yang lebih accessible untuk mereka yang mahu mendapatkan leather bag berkualiti dengan rekaan yang refined.

Terrace
Activewear hari ini bukan lagi sekadar pakaian untuk ke gym. Ia sudah menjadi sebahagian daripada wardrobe harian — dan Terrace mengambil kira perubahan itu.
Jenama activewear tempatan ini menggunakan gentian kitar semula yang diperbuat daripada sisa buangan dari lautan, menggabungkan pertimbangan terhadap alam sekitar dengan rekaan yang sesuai untuk gaya hidup aktif.
Daripada sesi workout hinggalah coffee run selepas kelas pilates, pieces daripada Terrace direka untuk bergerak bersama rutin harian kamu.
Raikan kreativiti yang lahir di tanah sendiri
Lima jenama ini hadir dengan identiti dan pendekatan yang berbeza, namun semuanya membuktikan bahawa ada banyak karya menarik untuk diterokai dari Malaysia sendiri.
Sempena Hari Malaysia, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat lebih dekat jenama tempatan, mengenali cerita di sebaliknya dan memberi lebih ruang kepada karya mereka dalam kehidupan seharian kita.


















.gif)

Apa pandangan anda?