Posted on October 28, 2026

Dari jalan-jalan klasik Lijiang ke pegunungan bersalji Jade Snow Mountain, ini pilihan outerwear yang melengkapkan gaya percutian kami di Yunnan, China.
Percutian ke Lijiang pada bulan Oktober memerlukan sedikit perancangan, terutama soal pakaian. Cuaca di bandar dan kawasan pergunungan boleh berbeza, jadi membawa jaket yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga keselesaan sepanjang perjalanan.
Untuk trip kali ini, kami membawa beberapa pilihan daripada Universal Traveller yang menggabungkan fungsi dan fesyen — daripada jaket down untuk suhu lebih rendah hinggalah jaket fleece yang sesuai untuk cuaca lebih nyaman.

Pilihan Utama Untuk Cuaca Sejuk
Women’s Modern Utility Down Jacket (DJW 26042)
Jaket ini menjadi pilihan untuk hari yang memerlukan perlindungan tambahan daripada cuaca sejuk. Dengan potongan longline, hud pelindung dan kolar tinggi, rekaannya praktikal untuk aktiviti luar tanpa kelihatan terlalu sporty.
Perincian tali serut di pinggang memberikan siluet yang lebih feminin, sementara penutup hadapan yang kemas mengekalkan penampilan minimal. Kami juga menyukai perincian manset dalaman berusuk yang memberikan keselesaan tambahan.


Women’s Luxe Fur-Lapel Quilted Down Jacket – DJW 26020
Untuk penampilan yang lebih polished, jaket ini menawarkan interpretasi klasik gaya musim sejuk. Rekaan ala trench coat dengan kolar berbulu, corak quilted dan tali pinggang memberikan sentuhan elegan meskipun dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Di sebalik penampilannya yang sophisticated, jaket ini turut dilengkapi isi 90% down dan 10% feather untuk membantu mengekalkan kehangatan sepanjang pemakaian, menjadikan ia pilihan paling sesuai untuk mereka yang mahukan outerwear yang praktikal tetapi masih mempunyai nilai fesyen.
Kedua-dua jaket down ini kami gunakan ketika mengunjungi Jade Snow Mountain, lokasi yang suhunya boleh mencecah sekitar 5°C pada bulan Oktober. Dalam cuaca sedingin ini, jaket yang memberikan litupan baik dan membantu menahan angin memang diperlukan. Paling penting, kami masih boleh tampil chic tanpa rasa perlu memilih antara gaya dan keselesaan.

Untuk Cuaca Yang Lebih Nyaman
Women’s Fleece Jacket (FJW 26026)
Tidak semua aktiviti di Lijiang memerlukan jaket tebal. Untuk berjalan-jalan di bandar atau ketika cuaca lebih nyaman, jaket fleece ini menjadi pilihan yang lebih ringan.
Rekaan ala kardigan dengan butang hadapan, poket tampal dan kemasan jahitan kontras memberikan penampilan kasual yang manis. Teksturnya juga menambah dimensi pada gaya harian, sama ada dipadankan dengan denim atau seluar berpotongan lurus.

Dengan berat hanya sekitar 350 gram bagi saiz M, jaket fleece ini ringan, mudah dibawa untuk mengembara dan sesuai untuk cuaca antara 10°C hingga 25°C. Tersedia dalam dua pilihan warna, hitam dan merah jambu, ia mudah dipadankan dengan pelbagai gaya — sama ada untuk penampilan kasual atau penampilan yang lebih feminin.

Memilih Gaya Mengikut Destinasi
Untuk trip dengan perubahan suhu yang ketara seperti di Yunnan, kami lebih gemar memilih outerwear mengikut lokasi dan aktiviti. Jaket down untuk kawasan pergunungan yang lebih sejuk, manakala fleece untuk hari yang lebih santai di bandar.
Ketiga-tiga rekaan Universal Traveller ini mempunyai fungsi dan karakter tersendiri. Sama ada gaya moden serta praktikal, siluet klasik yang lebih mewah atau lapisan kasual yang bersahaja, semuanya memudahkan kami menyusun gaya percutian tanpa perlu membawa terlalu banyak pilihan pakaian.
Kerana dalam perjalanan seperti ini, pakaian terbaik bukan hanya yang kelihatan cantik dalam gambar, tetapi juga yang membuatkan kita selesa menikmati setiap destinasi. Berminat untuk mendapatkan pilihan outerwear ini? Layari laman web rasmi Universal Traveller di universaltraveller.com atau kunjungi butik Universal Traveller di Mid Valley, Pavilion KL, Southkey, Aeon Tebrau, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Spring, Setia City Mall, Sunway Carnival, Sunway Velocity, Paradigm Mall, TRX, The Curve, Central I City, East Coast Mall, Mahkota Parade, Aeon Melaka, Sunway Putra Mall, Permaisuri, LaLaport dan Sunway Big Box untuk menerokai koleksi jaket musim sejuk yang sesuai untuk pengembaraan kamu yang seterusnya!



















.gif)

Apa pandangan anda?