Posted on October 20, 2023
Tami Anadan, 25 – Model
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Hi, nama saya Tami. Saya berusia 25 tahun dan berasal dari Semenyih. Saya merupakan seorang graduan dalam bidang perubatan. Namun, buat masa ini fokus saya hanya dalam bidang modelling dan lakonan sahaja.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Saya banyak berkongsi mengenai gaya hidup, fesyen dan kerja-kerja modelling yang saya lakukan.
3 – Kenapa kamu meninggalkan bidang perubatan dan memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang model?
Saya temui keseronokan dalam dunia modelling. Jujurnya. saya sedikit tertekan ketika bertugas dalam bidang perubatan. Jadi, saya buat keputusan untuk berehat seketika. Sementara itu, saya pilih untuk aktif di bidang peragaan dahulu.
4 – Bagaimana kamu mula menyedari kamu meminati dunia modelling?
Semuanya bermula ketika saya menyertai Miss Grand Kuala Lumpur pada tahun 2018. Saya hanya sekadar mahu mencuba ketika itu, untuk lihat sejauh mana peluang yang ada dalam bidang ini. Dari situ, saya semakin aktif sehinggalah hari ini.
5 – Pernahkah kamu berdepan dengan isu perkauman sepanjang bergelar model?
Ada, biasaya ia berkaitan dengan warna kulit dan identiti saya. Pernah sekali saya diminta untuk mengenakan solekan yang lebih cerah berbanding kulit saya. Pastinya saya sedikit kecil hati namun saya memilih untuk bersikap profesional dan mengutamakan kerja saya.
6 – Kongsikan kenangan manis kamu sepanjang bergelar model?
Pada saya semua peluang kerja yang saya perolehi merupakan satu kenangan manis. Malah, mengadakan sesi penggambaran sebagai Fresh Face 20124 hari ini adalah peluang yang akan selalu saya hargai dan kenang.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Saya tidak boleh mengenakan kaca mata setiap hari untuk bekerja, saya biasanya akan mengunakan kata lengkap namun ia agak leceh dan memenatkan apabila perlu menggunakan eyedrop dan sebagainya. Tapi, dengan lasik semua masalah ini boleh selesai dengan pantas dan selamat” – Tami
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Pakaian : Marant dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?